Hello Beautiful1
Secara umumnya, kehamilan terjadi hasil dari persenyawaan antara sperma dan ovum yang akan membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya dipanggil embrio.

Tetapi keadaan yang berbeza terjadi bila anda mempunyai kehamilan anggur.

Kehamilan anggur atau mola hidatidosa (molar pregnancy)merupakan keadaan rahim yang tidak terisi janin. Sebaliknya, rahim hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur. Bagi mereka yang mengalami kehamilan anggur ini akan merasakan gegala yang sama dengan hamil normal seperti lambat datang bulan, morning sickness, mual dan muntah.
Malah test kehamilan akan menunjukkan tanda positif hamil tetapi bila pemeriksaan dijalankan, doktor tidak menemukan denyutan jantung bayi dalam kandungan.

Bagaimana kehamilan anggur terbentuk

Kehamilan Anggur Yang Mesti Tahu

Kehamilan Anggur Yang Mesti Tahu

Dalam kehamilan anggur, sel telur (sel dalam) akan terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel yang berkembang adalah sel luar iaitu trofoblas yang membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan.

Trofoblas terus berkembang

Sel trofoblas yang kosong ini kemudian membengkak dan membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz antara 1 mm hingga 2 sm. Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya tetapi jumlah selnya tetap terus bertambah.
Kehamilan Anggur Yang Mesti Mami Tahu

Kehamilan Anggur Yang Mesti Mami Tahu

Simptom kehamilan anggur

  • Kandungan kelihatan lebih besar iaitu hamil 3 bulan kelihatan seperti 6 bulan
  • Kadar Hormon Chorionic Ginadothropin (HGC) tinggi
  • Berlaku pendarahan berulang
  • Mual dan muntah yang luar biasa di trimester pertama

Terdapat dua jenis kehamilan anggur

  • Complete molar pregnancy– Kehamilan anggur jenis ini disebut kehamilan palsu / hamil anggur klasik kerana test kehamilan menunjukkan positif dan anda akan mengalami tanda ciri-ciri orang hamil. Tetapi rahim tidak berisi janin sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
  • Partial molar pregnancy– Kehamilan anggur jenis ini berbeza dengan ‘complete molar pregnancy’. Ibu benar-benar mengandung dan terdapat janin dalam tumbuh pada awalnya. Tetapi, kehamilan berubah menjadi hamil anggur disebabkan oleh perkembangan janin yang tidak normal sehingga janin berhenti berkembang kerana mengalami kecacatan.

Faktor yang mungkin meningkatkan risiko kehamilan anggur

  • Umur – Risiko kehamilan anggur meningkat bila anda mengandung selepas umur 35 tahun.
  • Mempunyai sejarah kehamilan anggur yang berulang
  • Pernah mengalami keguguran
  • Kurang gizi terutamanya carotene (Vitamin A)

Rawatan untuk kehamilan anggur

  • Sel-sel trofoblas perlu dikeluarkan mengikut prosedur tertentu
  • Hamil anggur yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah lain seperti kematian.
Berjumpalah dengan doktor bila mami mempunyai persoalan tentang kehamilan anda.

www.aveheart.com