Hello Beautiful!

Hello Beautiful!

Cecair amnion adalah penting untuk bayi dalam kandungan. Jumlah isipadu cecair juga mesti dalam tahap normal kerana ia mencerminkan status kesihatan bayi dan juga hasil perinatal.

Apakah itu cecair amnion?

Cecair Amnion Dalam Kandungan

Cecair Amnion Dalam Kandungan

  • Air ketuban adalah cecair amnion yang mengelilingi bayi di dalam rahim semasa mengandung.
  • Cecair amnion dihasilkan selepas pembentukan kantung amnion kira-kira 12 hari selepas pensenyawaan. Cecair amnion ini penting untuk perkembangan bayi.
  • Pada awal kandungan, ketika bayi belum menghasilkan air kencing air ketuban disediakan oleh si ibu. Dalam minggu ke-20, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada lewat kehamilan, penghasilan air kencing dan pergerakan penelanan mengekalkan isipadu cecair amnion.

Fungsi utama cecair amnion:

# 1 Ruang untuk bayi bergerak

Cecair amnion menyediakan satu keadaan yang selamat untuk bayi meregang, bergerak dan membesar. Ia juga penting untuk perkembangan paru-paru bayi dan mempunyai kelebihan anti-bakteria.

#2 Perlindungan suhu

Cecair amnion berfungsi mengawal suhu persekitaran agar bayi boleh ‘berenang’ dalam pesekitaran yang stabil, tidak terlalu sejuk atau panas.

#3 Melindungi bayi dari trauma luar

Sebarang kejutan, hentakan atau tekanan pada perut ibu akan ditahan oleh air ini agar bayi tidak merasa sebarang trauma.
Fungsi Cecair Amnion Kepada Bayi Dalam Kandungan

Fungsi Cecair Amnion Kepada Bayi Dalam Kandungan

Apakah isipadu normal / tidak normal cecair amnion?

# Normal

  • Pada minggu ke-16 kehamilan, isipadu cecair amnion adalah kira-kira 200ml dan akan meningkat kepada 1000ml ketika minggu ke-32 hingga minggu 34 kehamilan.
  • Pada trimester ketiga, ia akan menurun dan pada minggu ke-38 hingga 43, isipadu cecair amnion akan menurun pada kadar 150ml setiap minggu.

# Tidak normal

  • Isipadu air yang melebihi 1500ml hingga 2000ml pada minggu kehamilan ke-32 hingga 36, dikatakan sangat tinggi dan tidak normal. Ia dipanggil sebagai polyhydramnios.
  • Isipadu air kurang daripada 500ml juga dikatakan tidak normal dan dinamakan oligohydramnios.
  • Kedua-dua polyhydramnios dan oligohydramnios ini dikaitkan dengan kecacatan bentuk atau ketaknormalan bayi serta hasil bertentangan suatu kehamilan.
  • Kehamilan yang mengalami polyhydramnios pada trimester kedua akan terlerai secara spontan dan mengalami kehamilan yang normal.
  • Oligohydramnios adalah lebih serius dan biasanya tidak terlerai secara spontan. Ia dikaitkan dengan hasil perinatal bayi yang tidak baik.
  • Doktor akan membuat penilaian terperinci terhadap kehamilan sekiranya mengalami masalah air tidak normal

www.aveheart.com