hello beautiful
Bayi yang baru lahir mempunyai struktur badan yang lebih kurang sama tetapi organ dalaman dan luaran tubuhnya belum berfungsi dengan sempurna.Namun, seiring dengan waktu organ-organ tersebut akan berfungsi dengan normal.

Ketahui Tubuh Bayi Yang Baru Lahir:

#1 Jantung, peredaran darah dan paru-paru

Jantung adalah organ tubuh yang hanya sebesar penumbuk tangan dan mempunyai empat bahagian, dua di sebelah kiri dan dua di sebelah kanan dengan fungsi yang berbeza.
Keadaan jantung bayi ketika dalam kandungan berbeza selepas dilahirkan. Semasa dalam kandungan, jantungnya belum berfungsi dengan normal. Peredaran darah dari jantung kiri boleh terus melalui jantung kanan dan sebaliknya. Tiada yang dapat memisahkannya. Akibatnya, darah bersih dapat bercampur dengan darah kotor.

Tetapi, ia tidak menjadi masalah ketika dalam kandungan kerana janin menerima darah dan oksigen daripada ibu menerusi plasenta. Setelah beberapa jam dilahirkan, saluran tersebut akan tertutup secara automatik.

Paru-paru bayi baru lahir pula sudah boleh berfungsi sehingga menimbulkan tekanan darah yang kuat di sekitarnya. Tekanan tersebut mengakibatkan saluran yang menghubungkan bahagian kiri dan kanan jantung tertutup.
Jika saluran peredaran darah tidak tertutup lebih daripada 24 jam, ia menunjukkan jantung bayi mengalami kebocoran.

#2 Usus besar

Dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, bayi sepatutnya boleh membuang air besar. Najis bayi pada hari pertama dan kedua dipanggil mekonium yang berwarna gelap atau hitam.
Pada hari ketiga, najis bayi mungkin sudah bercampur dengan susu jadi ia akan bertukar warna. Bayi yang diberi susu ibu akan kerap membuang air besar pada minggu pertama iaitu lebih enam kali sehari.

#3 Ubun-ubun

Ubun-ubun adalah bahagian kecil di atas kepala bayi yang sangat lembut. Ia juga dikenali sebagai fontanel yang dilapisi oleh membran yang sangat kuat untuk melindunginya. Ubun-ubun ini biasanya tertutup bila bayi berusia 18 bulan.
Kepala bayi dibentuk oleh beberapa plat tulang iaitu satu tulang di bahagian belakang (tulang oksipital), dua tulang di depan (tulang frontal). Di antara tulang-tulang yang belum bersambung terdapat bahagian yang dipanggil sutura. Sutura-sutura ini ada yang menegak dan melintang dan titik silang itulah yang membentuk ubun-ubun depan (besar) dan ubun-ubun belakang (kecil).

Ubun-ubun yang tertutup cepat disebabkan oleh wujudnya jangkitan semasa kehamilan atau gangguan pada perkembangan jaringan otak dan kelainan tulang.

Ubun-ubun yang tertutup cepat akan menggangu perkembangan otak bayi. Sel-sel otak seharusnya berkembang bertahan dengan tulang tengkoraknya sendiri. Kebiasaannya, kecacatan tersebut seperti cerebral palsy.

#4 Mata

Bagi masyarakat Asia, warna mata kehitam-hitaman adalah normal. Warna mata sebenar mungkin belum berkembang sehingga bayi berumur kira-kira enam bulan.
Sekiranya kelopak mata bengkak, pastikan doktor memeriksa mata bayi kerana bimbang ada jangkitan yang mungkin disebabkan tekanan kelahiran.

Mata juling adalah perkara biasa. Bayi mungkin ada kalanya kelihatan juling pada bulan-bulan pertama .

#5 Kemaluan

Bagi kedua-dua jantina, kemaluan bayi kelihatan besar tetapi ia akan susut dalam masa beberapa minggu. Pada kemaluan bayi perempuan, terdapat sedikit lelehan disebabkan hormon ibunya tetapi ia akan hilang. Zakar bayi lelaki pula akan tertarik ke atas groinnya.
Info Yang Mami Perlu Tahu Tentang Tubuh Bayi Baru Lahir

Info Yang Mami Perlu Tahu Tentang Tubuh Bayi Baru Lahir

#6 Lidah

Lidah bayi mungkin kelihatan bersauh pada lantai mulut. Hujung lidah bayi juga kelihatan sedikit bercabang sedikit apabila bayi menjulurkan lidahnya keluar. Hujung lidah bayi akan tumbuh kehadapan pada tahun pertamanya.

#7 Tangan dan kaki

Selepas bayi dilahirkan, tangan dan kakinya mungkin kelihatan kebiruan kerana peredaran darahnya masih belum berfungsi dengan sempurna.

Jika alihkan bayi ke posisi lain, warna ini sepatutnya bertukar menjadi merah jambu.

#8 Payudara

Payudara bayi mungkin kelihatan membengkak sedikit. Ia merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina. Bengkak itu akan susut dalam masa dua hari.
Sekiranya mami mempunyai kebimbangan tentang keadaan bayi yang baru lahir, mami boleh merujuk terus kepada doktor. Boleh juga rujuk artikel ini Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir.

www.aveheart.com