Hello Beautiful!

Hello, Mommies

Apakah itu sembelit?

Sembelit ini berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar. Kasihan anak bila kena sembelit.

Jom ketahui 4 Cara Untuk Elak Anak Sembelit:

4 Cara Untuk Elak Sembelit

4 Cara Untuk Elak Sembelit

#1 Minum Air Masak
Pastikan anak minum air masak yang mencukupi supaya badan tidak kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi bukan sahaja membantu masalah sembelit malah boleh mengekalkan badan dalam keadaan hidrat.
#2 Makanan Serat
Pastikan anak mengambil makanan yang tinggi serat. Sekiranya anak tidak suka makan sayur, gantikan dengan buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi.
#3 Minuman Berkultur
Beri anak minuman berkultur yang mengandungi probiotik yang mampu membantu sistem penghadaman.
#4 Susu Formula
Boleh juga cuba untuk memberikan susu formula yang mengandungi prebiotik dan probiotik yang mampu membantu mengelakkan masalah sembelit.
Info lanjut mengenai sembelit : Atasi Sembelit Secara Semulajadi Tanpa Sakit

Have an amazingtastic day lovelies!

Discovering Parenthood