Hello Beautiful!

8 Tips Atasi Bengkak Susu Selepas Bersalin

Pernahkah mami mengalami bengkak susu? Huhu, sakitnya disitu. Selepas melahirkan bayi beberapa hari, payudara akan membengkak dan mengandungi susu. Payudara kita juga akan berasa lebih berat, penuh dan sedikit tegang. Sekiranya mami tidak menyusukan bayi secepat yang mungkin, rasa sakit yang berdenyut akan dirasai di payudara dan ada kalanya boleh membawa sakit sehingga ke bawah ketiak. Yang tak best lagi, bengkak susu boleh mengundang demam. Eva pernah demam disebabkan bengkak susu ini. Boleh tahan juga rasanya.
Namun begitu, bengkak susu boleh surut dalam masa seminggu atau paling cepat dalam masa 24 – 48 jam. Mummy-to-be jangan risau sekiranya mengalami bengkak susu kerana ia adalah isyarat badan mengeluarkan susu dan sakitnya hanya sementara.

Terdapat beberapa tips atau kaedah yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan sakit bengkak susu.

8 Tips Atasi Bengkak Susu

8 Tips Atasi Bengkak Susu

#1 Susukan bayi

Menyusukan bayi boleh mengurangkan bengkak susu. Cuba lekapkan puting payudara kepada mulut bayi dan teruskan menyusu sehingga rasa keras semakin hilang. Kerapkan memberi susu iaitu setiap dua hingga tiga jam.

#2 Susukan kedua-dua payudara

Pastikan bayi menyusu kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Mami harus pastikan sebelah yang pertama dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payudara sebelah lagi.

#3 Jangan takut

Ada ibu yang mungkin merasa takut untuk memberikan susu ketika payudara membengkak. Ia sebenarnya memburukkan keadaan. Keadaan bengkak susu menunjukkan berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mami boleh guna pam payudara untuk mengurangkan ketegangan pada payudara.

#4 Lakukan urutan

Mami boleh lakukan sedikit urutan pada payudara secara perlahan-lahan sementara bayi sedang menyusu. Urutan dapat membantu pengaliran susu dengan lancar dan kurangkan ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
Tips Atasi Bengkak Susu

Tips Atasi Bengkak Susu

#5 Tuam dengan air suam

Mami juga boleh tuam payudara dengan botol yang berisi air suam. Lakukan sebelum / semasa anak menyusu. Selain itu, mami mungkin boleh cuba mandi air suam untuk kurangkan rasa sensitif pada payudara.

#6 Pakai coli / bra yang sesuai

Pastikan saiz bra / coli adalah padan dengan saiz payudara. Pakai bra yang tidak berdawai.

#7 Remedi daun kubis

Ada segelintir para ibu yang mencuba remedi dengan meletakkan daun kubis di dalam bra bagi kurangkan bengkak susu. Walaupun tiada bukti yang menyokong remedi ini, apa salahnya mencuba. Tetapi, pastikan daun kubis dibersihkan dahulu.

#8 Ubat tahan sakit

Sekiranya mami tidak dapat menahan sakit bengkak susu, mami boleh mengambil ubat tahan sakit yang dibenarkan doktor.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com