Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Infografik,  Parenting

{Infografik} Kenali Perubahan Sikap Bila Si Kecil Tumbuh Gigi

Bila si kecil mula tumbuh gigi, mesti mami risau kan. Kasihan pula dengan si manja bila mula menangis kerana gusinya gatal tanda gigi mau tumbuh.

Sebagai persediaan untuk mami, kenal pasti beberapa perubahan sikap si manja semasa pertumbuhan gigi agar mami boleh tenangkan dia.

 

Kenali Perubahan Bila Si Kecil Tumbuh Gigi

Kenali Perubahan Anak Bila Tumbuh Gigi

7 Perubahan Sikap Bila Si Kecil Mula Tumbuh Gigi:

  1. Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
  2. Air liurnya meleleh keluar berlebihan daripada biasa.
  3. Si manja akan menggigit permainan atau akan memasukkan tangan dalam mulut untuk mengurangkan rasa kurang selesa.
  4. Pipi si manja menjadi kemerah-merahan atau terdapat ruam pada muka dan dagu si manja akibat lelehan air liur yang berlebihan.
  5. Suhu badan sedikit naik tetapi mungkin tidak melebihi 39 darjah celcius. Tetapi mami harus pastikan si manja tidak demam.
  6. Terjaga dari tidur pada waktu malam kerana tidurnya menjadi kurang nyenyak.
  7. Tidak berselera makan atau tidak mahu minum susu.

www.aveheart.com

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge