Pola tidur bayi adalah berbeza-beza mengikut umur. Bayi memerlukan lebih banyak tidur daripada orang dewasa. Selain itu, bayi hanya akan terbangun bila dia merasa lapar hendak menyusu, kegelisahan lampin basah atau persekitaran yang bising yang mengganggu tidurnya.
Secara purata, bayi yang berusia bawah tiga bulan akan tidur dua kali lebih banyak daripada ibubapa mereka tetapi separuh masa tidur tersebut dilakukan pada waktu siang. Sehingga bayi berusia tiga bulan, bayi akan tidur sepanjang hari mengikut satu kitaran tidur – bangun dengan tempoh tidur yang lebih lama pada waktu malam.

Mari lihat {Infografik} ini untuk mengetahui pola tidur bayi sejak lahir sehingga berusia 12 bulan.

{Infografik} Pola Tidur Bayi 0 - 12 Bulan

{Infografik} Pola Tidur Bayi 0 – 12 Bulan

Untuk tidurkan si manja, mami boleh mendodoikannya dengan beberapa lagu supaya cahaya mata anda tidur dengan nyenyak. Mami boleh dodoikan dengan lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’, ‘Are You Sleeping’, ‘Ikan Kekek’, ‘Gelang Si Paku Gelang’ atau¬†apa-apa lagu yang mami tahu. Hehe. Mami juga boleh bercerita kisah-kisah tauladan dan nasihatkannya dengan kata-kata yang baik walaupun si manja belum memahaminya.

 

Semoga Bermanfaat!
www.aveheart.com

www.aveheart.com