Hello, Mommies!
Pernahkah mommies rasa malas nak berhias ketika hamil? Biarlah rambut tidak kemas, pakai baju besar-besar, selipar jepun ja pergi jalan-jalan. Hahaha. I’ve been there. Bila penyakit malas melanda, ala-kadar ja mahu berhias. Mommies, jangan malas-malas ar. Biarpun hamil, kita harus tetap menjaga kesihatan dan kesegaran diri agar penampilan tidak terabai. Bila penampilan terjaga, kita pun rasa confident.
Mungkin ada dikalangan ibu hamil yang suka ke salun atau spa untuk merias wajah. Biar apapun pilihan anda, perawatan kecantikan wajah perlulah berasaskan bahan-bahan semulajadi supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Tiga bulan pertama kehamilan, hormon estrogen dalam tubuh akan meningkat dan mungkin menyebabkan ibu hamil mengalami pelbagai gejala seperti wajah berminyak, pigmentasi, kulit merekah, urat tersimpul atau kulit kering dan gatal.

Tip berikut boleh ibu hamil amalkan untuk mengurangkannya.

Tip Kekal Jelita dan Sihat Ketika Hamil

Tip Kekal Jelita dan Sihat Ketika Hamil

Selain itu, setiap ibu hamil perlu menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Ini penting untuk menjamin kesihatan anda dan janin.
Tips Kekal Cantik dan Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Tips Kekal Cantik dan Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Salah satu vitamin yang penting ialah asid folik yang merupakan sejenis vitamin B yang perlu diambil sekurang-kurangnya 400mikrogram setiap hari bermula seawal tiga bulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga kandungan berusia 12 minggu. Menerusi amalan ini, ia berupaya mengurangkan risiko kecacatan sistem otak dan saraf tunjang janin lebih daripada 80%. Sewaktu mengandung juga, tahap kepekatan haemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang 11gram. Kekurangan darah sewaktu hamil akan memberi kesan buruk kepada kandungan jika tidak diatasi dengan segera. Antara kemungkinannya ialah anda boleh mengalami keguguran ataupun melahirkan bayi tidak cukup bulan.
Pendek kata, ibu hamil perlu jaga kesihatan diri dan kandungan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood