Salam ceria semua!

Mood cuti sudah? Untuk mereka yang ingin balik kampung, semoga perjalanan diberkati dan hati-hati ya!

Kesan regangan / stretch mark merupakan salah satu perubahan fizikal wanita mengandung. Mungkin ibu hamil merasa risau dengan perubahan diri selepas bersalin nanti. Kalau boleh tak nak kesan regangan ini sebab nampak tidak cantik. It’s okay, kita berkorban untuk husband tercinta dan untuk si baby yang bakal kita lahirkan nanti kan.

Stretch mark / kesan regangan ini merupakan garis-garis halus pada kulit yang terbentuk dibahagian bawah perut, paha dan bahagian yang lain. Don’t worry ia tidak memberikan kesan buruk dan risiko kepada ibu hamil atau bayi.

Kenapa ada stretch mark terbentuk? Ini berlaku kerana kulit bertindak balas dengan pergerakan badan yang meregang dan mengecut secara berterusan. Semasa mengandung, kulit tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk bertindak balas terhadap perubahan lalu mengakibatkan tisu kulit terkoyak dari dalam. Bila tisu kulit yang terkoyak ini dalam proses pemulihan, akan timbul parut yang dikenali kesan regangan / stretch mark.

Stretch mark mula kelihatan pada trimester terakhir kehamilan iaitu bulan ke 7. Mungkin ada yang terjadi lebih awal ketika perut wanita hamil mula membesar.Kesan regangan ini kelihatan kemerah-merahan bagi wanita berkulit cerah manakala wanita yang berkulit gelap biasanya mempunyai kesan regangan yang lebih cerah dari kulit di sekelilingnya.

Untuk atasi kesan regangan, mari kita cuba amalkan beberapa panduan ini.

8 panduan atasi regangan

Selamat Bercuti!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood