hello beautiful
Bukan semua wanita bertuah melahirkan bayi secara normal dengan mudah. Mereka memerlukan bantuan untuk melahirkan zuriat tersayang.
Kelahiran dibantu ini dilakukan atas pelbagai sebab seperti:
  • bayi mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat kedua (menolak) kelahiran
  • si ibu sangat letih dan tidak berupaya menolak lagi
  • bayi tidak membuat sebarang kemajuan dalam melalui pelvis
  • masalah kesihatan seperti masalah sakit jantung yang menghalang si ibu menolak terlalu lama
  • kelahiran bayi songsang melalui vagina

Terdapat beberapa kaedah bantuan yang digunakan oleh doktor sakit puan bila menangani komplikasi kelahiran.

#1 Forsep

Forseps

Forseps

Alatan bantuan kelahiran ini seperti sepasang penyepit logam yang bersambung dengan pemegang atau boleh disamakan seperti penyepit salad. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang dan hujungnya melengkung untuk memeluk kepala bayi. Ia dimasukkan ke dalam faraj secara berhati-hati di sekitar kepala bayi yang ketika itu sudah berada di saluran peranakan.
Doktor akan ‘memandu’ bayi untuk keluar melalui saluran peranakan dengan perlahan-lahan menarik keluar forsep sewaktu si ibu meneran setiap kali berlakunya kontraksi.

Adakah kaedah ini menyakitkan?

Teknik forsep ini telah lama dipraktikkan sejak sekitar 300 tahun lalu dalam membantu kelahiran bayi. Lazimnya, forsep digunakan apabila memasuki peringkat kedua sakit bersalin berpanjangan atau bayi berada dalam keadaan bahaya pada peringkat itu. Sebelum melakukan prosedur ini, doktor akan memastikan si ibu mendapatkan ubat penahan sakit yang efektif sebelum memasukkan forsep.
Antara kesan penggunaan forsep, mungkin ia akan meninggalkan tanda di tepi kepala atau muka bayi tetapi ia akan hilang selepas beberapa jam.

#2 Ventouse / vakum

Ventouse

Ventouse

Ventouse merupakan mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse ini sama ada diperbuat daripada getah, logam atau plastik.  Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi.
 Alat ini ditempel pada kepala bayi yang sudah kelihatan untuk membolehkan doktor menyedutnya keluar. Bila berlakunya gesaan kontraksi dan si ibu meneran, alat ini akan menggalakkan bayi untuk keluar. Doktor akan melakukan episiotomi terlebih dahulu sebelum divakum.

Adakah kaedah ini menyakitkan?

Bayi yang divakum biasanya mengalami bengkak kecil tetapi kesan itu akan hilang selepas beberapa hari. Doktor pakar kanak-kanak biasanya turut berada di dalam bilik bersalin untuk terus memeriksa keadaan bayi selepas dikeluarkan.

#3 Episiotomi

Episiotomi

Episiotomi

Tujuan sebenar episiotomi dilakukan adalah untuk melebarkan saluran peranakan bagi melancarkan proses pelahiran. Ia melibatkan guntingan kecil (perineum) dilakukan pada kulit antara vagina dengan anus sekiranya berlaku komplikasi seperti bayi songsang, tidak cukup bulan, bayi dalam bahaya atau bayi mempunyai saiz kepala yang besar.
Guntingan ini dilakukan ketika kontraksi memuncak apabila perineum meregang dan tipis dan pada masa yang sama kepala bayi sudah kelihatan.

Adakah kaedah ini menyakitkan?

Sebelum guntingan dilakukan, ubat bius akan disuntik ke bahagian berkenaan. Jarang sekali guntingan tersebut dirasai dan bahagian tersebut akan dijahit semula. Apabila duduk, ia akan membuatkan anda sakit. Jaga kebersihan pada bahagian yang dijahit untuk mengelak jangkitan kuman.
Kaedah Bantuan Kelahiran Bayi

Kaedah Bantuan Kelahiran Bayi

#4 Induce

Kaedah  induce digunakan sekiranya bayi dalam kandungan masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar walaupun sudah lewat seminggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Doktor akan menggunakan kaedah induce semasa bersalin apabila bayi lebih berisiko sekiranya kekal dalam rahim si ibu daripada dilahirkan. Selain itu, induce diperlukan semasa bersalin sekiranya menghadapi situasi seperti berikut:
  • Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu
  • Ada masalah dengan plasenta di mana uri telah matang dan kurang membekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi dalam kandungan
  • Ibu menghadapi risiko kehamilan tertentu seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Air ketuban telah pecah tetapi tidak mempunyai contraction
  • Bayi tidak membesar seperti yang sepatutnya
  • Tidak mempunyai cecair ketuban yang mencukupi (oligohydramnion). Boleh baca lanjut tentang kepentingan air ketuban.

Adakah kaedah ini menyakitkan?

Mami boleh bertanya dengan ibu-ibu yang pernah bersalin secara induce. Boleh tahan sakitnya. Namun, doktor pasti buat yang terbaik untuk mami dan baby.

 #5 Pembedahan Caesarean

Pemilihan cara pembedahan caesarean bergantung dengan keadaan kesihatan si ibu dan baby. Terdapat beberapa punca pembedahan caesarean dilakukan ketika proses melahirkan bayi seperti bayi songsang, lemas, masalah uri dan sebagainya.

Adakah kaedah ini menyakitkan?

Sepanjang proses pembedahan caesarean tidaklah menyakitkan sebab si ibu telah dibius separuh badan. Tetapi, selepas pembedahan dilakukan sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Eva telah melalui dua pembedahan secara caesarean ketika melahirkan dan kalau boleh, Eva tidak mahu merasainya lagi. Hehe.
Mami dan suami boleh mendapatkan pandangan dan nasihat doktor tentang pilihan yang ada sekiranya kelahiran memerlukan bantuan.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com