Apakah penyakit jaundis?

Penyakit jaundis merupakan perubahan warna yang dialami kulit dan mata bayi yang baru lahir. Ia terjadi kerana darah bayi mengandungi kandungan bilirubin yang tinggi iaitu pigmen berwarna kuning di sel darah merah. Bilirubin merupakan bahan yang menyebabkan warna kuning jaundis. Lazimnya, hati akan menapis bilirubin daripada aliran darah dan lepaskannya di usus.
Sebelum kelahiran, hati ibu yang akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayinya. Tetapi, apabila bayi lahir hatinya masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin di dalam aliran darahnya dengan cepat. Ini menyebabkan bilirubin bertambah banyak.

Cara untuk memeriksa jika bayi menghidapi jaundis:

  • Tekan jari anda dengan perlahan di dahi atau hidung bayi
  • Jika kulit berwarna kuning di tempat yang ditekan, kemungkinan besar bayi menghidapi jaundis.
  • Jika bayi tidak menghidapi jaundis, kulit akan kelihatan lebih terang daripada warna normalnya.
  • Mami juga boleh memeriksa bayi di bawah cahaya yang terang pada waktu siang.

Tanda dan simptom-simptom penyakit jaundis / komplikasi daripada jaundis:

  • Kulit bayi menjadi semakin kuning
  • Kulit bayi kelihatan kuning di bahagian abdomen, lengan dan kaki
  • Bahagian putih mata menjadi kuning
  • Bayi kelihatan lemah, sakit atau susah terjaga dari tidur
  • Berat badan bayi tidak meningkat atau susah menyusu
  • Tangisan bayi lebih kuat seperti menjerit

Hubungi doktor sekiranya bayi mengalami simptom jaundis tersebut.

Penyakit Jaundis

Penyakit Jaundis

Doktor akan melakukan ujian untuk menentukan jaundis seperti:

  • Pemeriksaan fizikal
  • Sampel darah bayi dihantar untuk ujian makmal
  • Ujian kulit dengan menggunakan alat ‘transcutaneous bilirubinometer’ yang mengukur pantulan cahaya melalui kulit.
  • Ujian darah / air kencing jika jaundis disebabkan oleh sesuatu penyakit yang harus dirawat.

Antara penyakit yang boleh menyebabkan jaundis:

  • Pendarahan dalaman
  • Jangkitan darah {sepsis}
  • Jangkitan virus atau bakteria lain
  • Ketidakserasian antara darah ibu dan bayi
  • Kerosakan hati
  • Kekurangan enzim
  • Ketidaknormalan sel darah merah bayi

Jaundis di kalangan bayi akan hilang dengan sendirinya dalam masa dua hingga tiga minggu. Jika bayi mempunyai jaundis yang sederhana, bayi mungkin harus berada di hospital. Jika jaundis tidak begitu serius, doktor mungkin menyarankan beberapa langkah untuk mengurangkan tahap bilirubin seperti penyusuan yang kerap atau pemberian susu formula. Berbincanglah dengan doktor mengenai cara-cara untuk menyusu bayi anda.
Pencegahan terbaik untuk jaundis adalah pemberian susu yang cukup. Bayi baru lahir yang diberi susu ibu harus menyusu sebanyak lapan hingga 12 kali setiap hari selama beberapa hari pertama selepas kelahirannya. Bayi yang diberi susu formula harus diberi susu sebanyak satu hingga dua auns (30 – 60 milimeter) susu setiap dua hingga tiga jam untuk minggu pertama. Psst, mami boleh baca info lanjut tentang 12 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu Penjagaan Bayi Baru Lahir.
Semoga bermanfaat!
www.aveheart.com

www.aveheart.com