Anak adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, ada yang sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum ada rezeki. Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Waktu subur wanita ialah ketika tubuh wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma.
Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan waktu subur wanita iaitu mengira pusingan haid. Wanita harus tahu waktu suburnya agar peluang untuk hamil adalah tinggi. Kitaran haid boleh dibahagikan kepada empat fasa.
Fasa pertama:
Hari pertama hingga keempat. Saat ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid.
Fasa kedua:
Hari kelima hingga ke-13. Ini adalah tempoh persediaan untuk hamil dan ketika ini, hormon estrogen akan meningkat. Telur akan berada di sekitar ovari akan mencapai tempoh matang.
Fasa ketiga:
Hari ke-14. Pada hari ini, proses ovulasi akan terjadi dan peningkatan hormon akan merangsang telur untuk keluar daripada ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual jika inginkan cahayamata.
Fasa keempat:
Hari ke-15 hingga ke-28. Ketika fasa ini, hormon progesterone akan dirembes keluar dan menyebabkan lapisan uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim akan runtuh dan proses kitaran haid akan berulang kembali.
Kenali Punca Ketidaksuburan Suami Isteri

Kenali Punca Ketidaksuburan Suami Isteri

Berikut adalah masalah-masalah ketidaksuburan suami isteri yang menjadi faktor sukar untuk hamil:

  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang pensenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosak adalah disebabkan keradangan dan ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma yang gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari benih / ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kecacatan atau kelainan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopia yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita sukar hamil.
  5. Faktor usia antara faktor wanita sukar hamil atau lambat hamil. Wanita berumur 35 tahun ke atas mempunyai peluang tipis untuk hamil berbanding wanita sihat berusia antara 20 hingga 30 tahun.
  6. Stress ataupun emosi yang tertekan juga menyumbang kepada kesukaran untuk mendapatkan cahayamata.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti meminum alkohol, merokok dan mengambil kafein berlebihan akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Gangguan hormon lelaki yang berlaku kerana mengambil steroid dalam jangka masa yang panjang. Ia menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  9. Masalah sperma seperti ologospermia dimana, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap milimeter air mani. Selain itu, masalah sperma tidak berkualiti yang akan mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.
  10. Penis yang bermasalah juga menyumbang ketidaksuburan buat lelaki. Sperma yang terhasil tidak dapat dikeluarkan akibat kerosakan ataupun kecacatan pada penis lelaki.
  11. Di samping itu, masalah seks seperti mati pucuk / ejakulasi awal yang biasanya disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi, kolestrol berlebihan dan stress.
  12. Pengambilan dadah, merokok, alkohol dan terdedah kepada bahan beracun dan bahan kimia akan menjejaskan tahap kesuburan lelaki.
  13. Masalah berat badan berlebihan / obesiti juga mempengaruhi kesuburan lelaki kerana mungkin golongan ini menghadapi masalah kurang atau tiada langsung sperma.
Namun begitu, masalah ketidaksuburan ini bukanlah perkara baru. Pelbagai terapi dan teknologi dikembangkan untuk mengatasi masalah kesuburan pada wanita mahupun lelaki.
Masalah kesuburan lelaki dan wanita masih boleh diatasi dengan bantuan teknologi perubatan yang sedia ada.

Masalah kesuburan lelaki dan wanita masih boleh diatasi dengan bantuan teknologi perubatan yang sedia ada.

Teknik perawatan yang akan diperkenalkan oleh doktor adalah bergantung kepada puncanya seperti:

  • Permainan berhadas yang bermaksud sperma dimasukkan ke dalam organ reproduksi wanita tanpa persetubuhan / hubungan seks. Sperma akan disuntik ke dalam rahim wanita hingga terjadinya persenyawaan dan kehamilan.
  • IVF atau In Vitro Fertilization juga dikenali sebagai prosedur bayi tabung uji. Teknik ini dilakukan dengan sel telur wanita dan sel sperma disenyawakan di dalam tabung uji. Hasil persenyawaan iaitu embrio akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks.
  • ICSI, Intracytoplasmic Sperm Injection dilakukan dengan memasukkan sel sperma terus ke sel telur.
  • Pembedahan adalah salah satu pilihan bagi wanita yang mempunyai masalah dengan tiub fallopio atau lelaki yang tersekat saluran ejakulatori.
  • ZIFT atau Zygote Intrafallopian Transfer adalah teknik pemindahan zigot atau sel telur yang telah disenyawakan. Setelah sel telur disenyawakan di luar, ia akan dimasukkan kembali ke tiub fallopio melalui pembedahan di bahagian perut.

Semoga usaha suami dan isteri untuk mendapatkan cahayamata akan diberkati dan jangan lupa terus berdoa dan berdoa kepada Tuhan. Amin.
Always & Forever,
Eva Matt’s | 0138187984
Stories of AveHeart ~ Discovering Parenthood