Hello BeautifulKelahiran pra matang atau dikenali sebagai kelahiran sebelum cukup masa atau tidak cukup bulan adalah salah satu masalah kehamilan yang biasa berlaku. Kelahiran pra matang ini merujuk kepada bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungannya mencukupi 37 minggu. Kelahiran normal biasanya hingga 40 minggu kehamilan.
Usia kandungan untuk kelahiran pra matang adalah penting kerana ia menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang, terutamanya paru-paru.  Kematangan organ ini pula akan menentukan peluang bayi untuk hidup.

Punca spesifik kelahiran pra matang masih tidak dapat diketahui tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko wanita perlu melalui kelahiran ini.

Wanita yang berisiko adalah seperti berikut:

  1. Sejarah kelahiran pramatang terdahulu. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pramatang lagi.
  2. Hamil kembar.
  3. Kelainan pada uterus dan servik (cervical incompetence).
  4. Jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing.
  5. Jangkitan pada tempat dan air kencing, vagina.
  6. Disebabkan oleh penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, buah pinggang atau diabetes.
  7. Mengandung dengan satu fetus selepas rawatan in vitro fertilization (IVF).
  8. Gaya hidup negatif seperti merokok, mengambil alkohol dan dadah.
  9. Mengalami tekanan paras paling tinggi.
  10. Sosio ekonomi rendah.
Walaupun terdapat faktor ini, tidak bermakna seorang wanita ditetapkan akan melahirkan anak secara pra matang.

kenali-risiko-dan-tanda-tanda-kelahiran-pra-matang

Antara tanda-tanda dan simptom kelahiran pra matang:

  • Berlakunya kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalam masa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam)
  • Terdapat lelehan air dari vagina. Ini mungkin menunjukkan air ketuban telah pecah.
  • Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.
  • Kekejangan di bahagian andomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit-birit.
  • Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.
  • Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.
Sekiranya ibu mengalami tanda-tanda dan simptom ini, hubungi doktor atau ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Satu cara untuk mengetahui ibu akan melahirkan bayi pra matang adalah dengan pemeriksaan serviks. Jika serviks sudah terbuka, ibu perlu bersedia menghadapi kelahiran pra matang.

www.aveheart.com