Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Health Tips,  Pregnancy

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Hamil

Tahukah anda kepentingan asid folik?

Ramai wanita hanya tahu kepentingan asid folik ini apabila disahkan hamil. Pil asid folik ini sebenarnya digalakkan untuk diambil sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan sekiranya anda merancang untuk mengandung.

Asid folik atau disebut folat ataupun vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil:

  • Penting untuk pembentukan DNA baru disamping memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel
  • Membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan saraf tunjang (nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly / encephalocele)
  • Menambah kepekatan haemoglobin dalam darah
  • Mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang serta kekurangan darah (anemia)
  • Mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing

Spina bifida kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Kepentingan asid folik untuk ibu hamil
Kepentingan asid folik untuk ibu hamil

Sebaik sahaja wanita disahkan hamil, suplemen asid folik harus diberikan.

Sekiranya ia adalah kehamilan yang tidak dirancang, wanita berkenanan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga umur kandungan berumur 12 minggu.

Ini kerana dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil, pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang kehamilan sangat penting!

Asid folik membantu tubuh bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Jadi, pentingnya suplemen asid folik ini kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk hamil.

Mencari Vitamin Asid Folik Yang Lengkap Di Pasaran?

Harga-B-Complex-Shaklee
Harga B-Complex Shaklee
B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100% Biotin dan Asid Folik.

Mengapa Mesti Pilih B-Complex Shaklee Sebagai Suplemen Harian:

  • B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin seperti yang dinyatakan dalam RDA (Kesemua perlu diambil pada masa yang sama)
  • Mempunyai Patented Bioactivated Absorption System™ yang merupakan teknologi salutan mikro yang menyeliputi setiap tablet B-Complex Shaklee
  • Teknologi ini penting untuk pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
  • Ini menjadikan B-Complex sebagai vitamin yang mudah larut di dalam badan dan tidak membebankan buah pinggang.
  • B-Complex Shaklee tidak mengandungi sebarang perisa tiruan, pemanis tiruan, pewarna dan juga bebas dari bahan kimia.

Tips Memilih Vitamin C Yang Bagus Untuk Kesihatan

Bagaimana untuk dapatkannya B-Complex Shaklee ini?

Hubungi saya seperti dalam gambar atau terus klik gambar dibawah untuk pembelian secara terus menggunakan kad debit atau credit anda. 

aveheart.com
Cara Mudah dan Cepat Order Produk Shaklee

Saya adalah Pengedar Shaklee yang bertauliah di Sabah. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Always & Forever,

Eva Matt’s | 1105221

WhatsApp /Phone/Telegram : 013.818.7984

 * Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat dan menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge