Hello Beautiful!

Simptom mahu bersalin untuk setiap wanita adalah berbeza dan ia mungkin mengambil masa yang lama atau pendek.
Malah tanda bersalin setiap kelahiran mungkin berbeza dari anak pertama hingga anak terakhir.
Sebagai ibu atau bapa, anda harus tahu tentang tanda-tanda awal untuk bersalin supaya anda bersedia menghadapinya.

Terdapat 3 tanda penting yang dikaitkan dengan fasa bersalin:

#1 Show

Show bermaksud lendir atau darah keluar dari faraj. Ia adalah mukus plug yang menutupi pangkal rahim dan terkeluar semasa pangkal rahim terbuka untuk proses kelahiran. Ini adalah normal tetapi jika pendarahan itu banyak ia mungkin petanda lain dan mami perlu ke hospital secepat mungkin.
Si ibu juga mungkin akan merasa kontraksi ringan dan akan mengambil masa beberapa jam hingga beberapa hari sebelum proses bersalin aktif.

#2 Air ketuban pecah

Air ketuban ini adalah selaput yang melindungi bayi sudah pecah. Mami akan merasa cecair keluar dari faraj secara laju dan banyak {gush} atau sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Air ketuban ini berbeza dengan air kencing kerana sifatnya yang tidak berwarna dan berbau hanyir. Sekiranya air ketuban berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si baby sudah membuang air besar dalam kandungan.
Dalam masa 24 jam, mami perlu melahirkannya untuk mengurangkan risiko infeksi dan komplikasi. Jika proses bersalin tidak berlaku dengan sendiri maka mami perlu bersalin secara induce.

#3 Kontraksi yang kerap dan konsisten

Kontraksi adalah proses penegangan otot rahim secara kerap dan ada rutin tertentu. Sekiranya kontraksi yang dirasai setiap 10minit sekali dan secara konsisten dalam masa sejam, mami harus ke hospital dengan segera kerana ia adalah salah satu tanda bersalin.
Bagi mengenalpasti bahawa kontraksi itu bukan Braxton Hicks atau false alarm, mami perlu baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira jarak masa antara permulaan dua kontraksi. Braxton Hicks akan reda bila ibu berehat dan berbeza dengan kontraksi sebenar di mana kontraksi akan berterusan walaupun mami dalam keadaan rehat atau relaks.
Tanda Awal Bersalin

Tanda Awal Bersalin

Terdapat beberapa keadaan di mana mami perlu menghubungi doktor sekiranya mengalaminya seperti:

  • Air ketuban pecah tetapi mami syak ia adalah kebocoran cecair amnion.
  • Bayi dalam kandungan kurang bergerak seperti biasa.
  • Mengalami pendarahan faraj yang banyak
  • Mami mengalami deman, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan, sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.
  • Sekiranya mami mengalami tanda-tanda awal kelahiran sebelum minggu ke-37, mami perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ia dikira kelahiran pra-matang.
Sekiranya mami mengalami tanda-tanda awal hendak bersalin, mami harus bersedia ya. Jangan panik, sediakan beg keperluan baby, beg mami agar sempat ke hospital. Si Suami pun perlu memainkan peranan penting dalam proses kelahiran ini, 6 Peranan Suami Ketika Isteri Hendak Bersalin. Semoga semuanya dipermudahkan!

www.aveheart.com