Adakah anda tahu bahawa para ibu boleh kehilangan bayi mereka ketika mereka sedang tidur? Sindrom bayi mati mengejut atau dikenali SIDS telah dikaitkan dengan kematian bayi lebih kurang 2,500 bayi setiap tahun. It’s real.

Apakah itu Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)?

Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome – SIDS) atau dikenali kematian kot bukannya satu penyakit tetapi ia adalah satu diagnosis yang diberikan apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu. Kematian bayi ini tidak dijangka dan berlaku secara tiba-tiba tanpa dipastikan sebab tertentu seperti kemalangan, jangkitan atau masalah ketaknormalan kongenital yang tidak diketahui penyebabnya berlaku bayi ketika dilahirkan.

Mengapakah SIDS berlaku?

Tiada siapa yang tahu mengapa sesetengah bayi meninggal seperti ini. Pakar berpendapat bahawa mangsa SIDS mempunyai rangsangan yang kurang matang pada bahagian tengah otak mereka. Ini bermakna bayi tidak dapat menyedarkan diri mereka semasa mereka mempunyai masalah untuk bernafas. Bayi yang tidur pada bahagian perut selalunya akan mendapat risiko SIDS kerana posisi ini meningkatkan kecenderungan mereka untuk menyedut oksigen yang telah habis.

Bilakah SIDS berlaku?

SIDS kerap berlaku semasa tidur, tetapi bukan dalam kesemua kes. Kejadian SIDS ini mungkin berlaku ketika bayi tidur siang atau malam ketika di dalam baby cot. Selain itu, ia juga akan berlaku ketika di dalam kereta sorong, di dalam pelukan ibu atau bapa juga.

Siapakah yang berisiko mendapat SIDS?

SIDS jarang berlaku kepada bayi di bawah usia satu bulan tetapi ia lebih kerap berlaku kepada bayi di antara satu dan dua bulan.
Terdapat faktor-faktor lain yang meletakkan bayi dalam risiko yang lebih tinggi mendapat SIDS seperti:
  • Tiga daripada lima mangsa SIDS adalah bayi lelaki.
  • Bayi pramatang yang dilahirkan sebelum 37 minggu.
  • Bayi yang baru lahir dengan kurang berat badan.
  • Kanak-kanak yang terdedah dengan asap rokok juga berisiko mendapat SIDS.
  • Bayi kembar dua atau lebih.
  • Mempunyai abang atau kakak yang meninggal akibat SIDS.
Ketahui Tentang SIDS

Ketahui Tentang SIDS

Cara Mengurangkan Risiko SIDS

Tiada cara untuk mengelakkan kematian bayi secara mendadak tetapi mommies boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan risiko ia berlaku kepada bayi anda.
Antaranya:
  1. Tidurkan bayi dalam posisi terlentang walaupun tidur siang. Posisi ini adalah posisi paling selamat bagi bayi yang sihat untuk mengelakkan risiko SIDS.
  2. Jauhkan anak anda dari selimut atau kain yang lembut, berbulu. Selain itu, jangan masukkan mainan atau letakkan banyak bantal dalam katil bayi untuk mencegah bayi lemas atau tertindih dengan benda-benda tersebut.
  3. Pastikan wajah dan kepala bayi tidak tertutup dengan apa-apa benda selama bayi tidur. Jauhkan selimut dan kain penutup dari hidung dan mulut bayi anda.
  4. Gunakan tilam yang rata, bersih dan benar-benar padan dengan saiz katil bayi. Jangan biarkan ada ruang kosong di tepi katil.
  5. Jangan biarkan sesiapa merokok berhampiran dengan bayi anda. Risiko SIDS meningkat apabila seseorang di dalam rumah anda merokokĀ  walaupun dalam bilik lain dengan tingkap yang terbuka atau dilengkapi kipas atau air-cond.
  6. Jangan biarkan bayi anda kepanasan atau kesejukan semasa dia tidur. Pastikan suhu bilik di tempat bayi anda tidur adalah pada suhu yang selesa.
  7. Pakaikan pakaian tidur lengkap pada bayi sehingga tidak perlu memakai selimut.
  8. Temankan bayi ketika dia tidur. Jangan pernah tinggalkan bayi tanpa pengawasan.
  9. Bawalah bayi untuk pemeriksaan doktor dan dapatkan imunisasi. Penyusuan badan juga telah terbukti dapat kurangkan jangkitan pada bayi dan mungkin boleh membantu mencegah risiko SIDS.
Ketahui Tentang SID

Ketahui Tentang SID

Adakah penggunaan puting berbahaya?

Tidak sama sekali. Puting sebenarnya boleh mengurangkan risiko SIDS dengan menghalang bayi daripada tidur lena. Anda digalakkan memberikan bayi puting pada waktu malam dan semasa tidur siang pada tahun pertamanya. Tetapi jika mommies menyusukan bayi, jangan memperkenalkan puting sehingga bayi berusia satu bulan untuk mendapatkan penyusuan yang baik.

Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa bayi tidur. Sekiranya mommies menghantar anak ke pusat jagaan atau dibawah jagaan orang lain, pastikan mereka mengetahui cara untuk memastikan bayi sentiasa selamat supaya mommies boleh melepaskan rasa lega.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood