Semua bayi baru lahir akan menangis dan menunjukkan beberapa kecerewetan. Tetapi, apabila seseorang bayi yang sihat menangis selama lebih daripada tiga jam setiap hari, lebih tiga hari seminggu selama sekurang-kurangnya tiga minggu, Oh, help me! ia dipanggil KOLIK (kembung perut atau sakit perut).
Dianggarkan lebih daripada 40% kanak-kanak mengalami kolik. Ia biasanya bermula di antara minggu ketiga dan keenam selepas kelahiran dan berakhir selepas bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Kolik biasanya tidak mempunyai sebarang kepentingan perubatan / tidak menjejaskan kesihatan dan akan pulih dengan sendirinya. Namun begitu, jika bayi masih menangis dengan teruk selepas itu, mungkin terdapat masalah kesihatan lain yang dihidapinya. Mummy perlu alert dengan keadaan bayi.

Fakta Tentang Kolik:

  • Bayi yang menghidap kolik mempunyai refleks menghisap yang sihat dan selera yang baik serta lain-lain tumbesaran yang baik. Mommies boleh berjumpa dengan doktor jika bayi tidak menyusu  atau tidak mempunyai reflek menghisap yang baik.
  • Bayi yang menghidap kolik suka dipeluk dan didokong. Jika bayi anda berasa tidak selesa apabila dipeluk atau didokong ketika mommies memujuknya, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui keadaannya.
  • Bayi yang menghidap kolik mungkin akan meludah dari semasa ke semasa tetapi jika bayi muntah atau kehilangan berat badan, mommies perlu berjumpa dengan doktor. Muntah adalah tindakan mengeluarkan kandungan di dalam mulut secara paksa, manakala meludah adalah pengaliran keluar kandungan di dalam perut melalui mulut dalam cara yang mudah. Muntah secara berulangan bukan tanda kolik.
  • Bayi yang menghidap kolik biasanya mempunyai najis yang normal. Jika bayi mengalami cirit-birit atau terdapat darah di dalam najis, segera berjumpa dengan doktor.
Kolik Penyebab Bayi Menangis Tanpa Henti

Kolik Penyebab Bayi Menangis Tanpa Henti

Sebab-sebab Kolik:

Banyak teori dan nasihat mengenai cara menghadapi bayi yang menghidapi kolik. Mommies mungkin sedaya upaya mencuba semua cara untuk menenangkan bayi yang menangis tanpa henti. Lambat laun bayi mommies akan bebas daripada kolik. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:
  • Ada yang mengatakan sebab ketaktoleransi susu lembu tetapi bayi yang menyusu badan juga mengalami kolik.
  • Sesetengah bayi yang menghidap kolik mempunyai angin tetapi ia tidak berapa jelas sama ada angin boleh menyebabkan kolik kerana apabila bayi menangis, dia boleh menelan terlalu banyak udara.
  • Ada teori mengatakan bahawa kolik terjadi apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui sistem pencernaan bayi atau bayi tersebut mengalami percernaan yang tidak sempurna.
  • Bayi mungkin mempunyai gastroesophagal reflux disease (GERD) yang tidak didiagnosis.
  • Bayi anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Jadi, baby menjadi amat sensitif dan reaktif.

Rawatan Kolik:

Tiada satupun rawatan yang terbukti dapat menghindari kolik. Tetapi, terdapat beberapa cara untuk meredakan bayi yang menghidap kolik.
  • Jika bayi tidak lapar, jangan paksa menyusukannya.
  • Berjalan-jalan dengan bayi atau duduk di kerusi hayun dengan pelbagai posisi.
  • Cuba sendawakan bayi sekerap mungkin selepas menyusu. Ketahui Tip dan Posisi Sendawakan Bayi.
  • Letakkan bayi anda secara meniarap di atas pangkuan dan gosokkan belakangnya.
  • Letak bayi di tempat duduk berayun, mungkin gerakan tersebut mempunyai kesan melegakan.
  • Letakkan bayi anda di tempat duduk kereta bayi di bahagian tempat duduk belakang kereta dan bawalah si manja bersiar-siar. Getaran dan pergerakan kereta juga dapat menenangkan bayi.
  • Mainkan alunan muzik kerana sesetengan bayi memberikan tindak balas terhadap bunyi dan pergerakan.
  • Letakan bayi di dalam bilik sama di mana mommies menggunakan hair dryer, mesin jahit atau vakum. Sesetengah bayi mendapati bunyi perlahan yang berterusan memberikan kelegaan.

Pastikan mommies menjaga kesihatan kerana menjaga bayi yang menghidap kolik ini boleh menyebabkan mommies merasa penat, marah, hampa, menangis. Jangan salahkan diri kerana kolik ini tidak disebabkan oleh anda atau bayi anda. Mommies try untuk relax dan katakan pada diri sendiri dan bayi yang anda boleh melepasi fasa tersebut. Minta bantuan suami, keluarga dan rakan-rakan jika anda perlu berehat daripada melayani tangisan bayi anda.
Jika mommies merasa tidak dapat mengawal keadaan atau tidak pasti sama ada bayi menangis disebabkan oleh kolik atau simptom penyakit lain, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pertolongan.
Semoga bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s | 110522

Stories of AveHeart ~Discovering Parenthood