hello beautiful
Kehamilan akan menyebabkan mommies hilang kawalan terhadap badan dan mungkin perubahan ini membuatkan mommies merasa malu. Salah satunya adalah masalah berdengkur. Mungkin sebelum hamil, mommies tidak mengalami situasi ini tetapi sebaliknya semasa anda hamil, masalah berdengkur pula timbul.
Masalah berdengkur ini berlaku bila mommies mula memasuki trimester kedua dan boleh berlarutan sehingga trimester ketiga. Kemungkinan besar mommies akan berhenti berdengkur selepas bayi dilahirkan.

Penyebab masalah berdengkur:

  • Kesesakan pada saluran nasal yang dikenali sebagai kehamilan rhinitis (hidung tersumbat).
  • Berat badan berlebihan (lebih daripada BMI 30)
  • Simptom sleep apnea di mana pernafasan terhenti beberapa kali semasa tidur. Masalah ini boleh membahayakan anda dan bayi kerana ia boleh mengambil oksigen anda dan bayi dalam kandungan.

Cadangan Mengatasi Masalah Berdengkur:

Tips Atasi Masalah Berdengkur Ketika Hamil

Tips Atasi Masalah Berdengkur Ketika Hamil

Berdengkur Ketika Hamil

Berdengkur Ketika Hamil

1. Lekapan nasal

Mommies boleh belinya di farmasi dan ia tidak mengandungi sebarang dadah yang boleh memberikan kesan kepada bayi anda. Malah, ia boleh membantu anda dan suami untuk mendapat tidur yang lena.

2. Alat pelembap

Pelembap tambahan memberikan banyak perubahan kepada kesesakan saluran nasal anda. Belilah air pelembap yang bagus dan sejuk. Alat pelembap ini boleh digunakan sekiranya anak mendapat batuk krup.

3. Bantal tambahan

Letakkan bantal tambahan di kepala anda untuk mengurangkan masalah pernafasan pada waktu malam.
Guna bantal khas kehamilan

Guna bantal khas kehamilan

4. Kawal berat badan

Mommies perlu sentiasa mengawal berat badan kerana peningkatan berat badan boleh menyumbang kepada masalah berdengkur ini. Of course, mommies tidak mahu kedengaran seperti bunyi lori pada waktu malam.

5. Bincang dengan doktor

Mommies perlu berbincang dengan doktor terutama bila mommies mendapat sleep apnea. Ini kerana masalah ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda dan bayi.

www.aveheart.com