hello beautiful
Mabuk hamil ialah masalah yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan. Mabuk hamil boleh terjadi pada bila-bila masa dan bukan pada waktu pagi sahaja. Lazimnya, ia berlaku pada minggu keenam kehamilan dan mungkin menjadi teruk pada minggu kesembilan dan hilang pada minggu ke-16 sehingga 18.
Walaupun mabuk hamil adalah normal tetapi apabila seseorang wanita muntah beberapa kali dalam sehari, ia boleh menyebabkan anda kehilangan berat badan, ternyahhidrat atau berisiko untuk ternyahhidrat. Jika keadaan ini tidak dirawat ia boleh menggangu kesihatan dan bayi dalam kandungan.

Apakah itu Hyperemesis Gravidarum?

Hyperemesis gravidarum adalah terma perubatan yang digunakan untuk mabuk hamil yang kronik. Ia kelihatan seperti mabuk hamil yang biasa tetapi terjadi pada awal kehamilan iaitu di antara minggu keempat dan kelima. Tempoh hyperemesis gravidarum juga selalunya lebih lama daripada mabuk hamil biasa.
Terdapat wanita yang mengalami mabuk hamil kronik akan merasa elok pada minggu ke-20 tetapi ada juga akan mengalaminya sepanjang tempoh kehamilannya.

Hyperemesis gravidarum yang terjadi semasa kehamilan pertama mungkin akan mengalaminya lagi pada kehamilan yang lain

Penyebab Hyperemesis Gravidarum

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui, tetapi ia dikatakan mungkin berkaitan dengan perubahan hormon yang terjadi semasa kehamilan. Hormon yang dipanggil human chorionic gonadotrophin (hCG) mungkin memainkan peranan kerana HCG berada di tahap yang tinggi di dalam tubuh badan wanita hamil.
Selain itu, mabuk hamil yang kronik mungkin disebabkan oleh keturunan kerana ia terjadi di kalangan wanita yang mempunyai ahli keluarga seperti ibu dan kakak yang pernah mengalami kejadian yang sama.
Menangani Mabuk Hamil Yang Teruk

Menangani Mabuk Hamil Yang Teruk

Faktor Risiko

Selain daripada faktor sejarah keluarga, beberapa faktor boleh meningkatkan peluang wanita mengalami mabuk hamil yang kronik seperti:
  • Mempunyai sejarah mabuk darat atau mabuk perjalanan. Ini kerana mabuk hamil mungkin berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisma keseimbangan dalam telinga dalam anda.
  • Hamil dengan anak kembar kerana tahap hormon kehamilan adalah lebih tinggi dan mabuk anda mungkin lebih teruk.
  • Migrain bersama muntah dan mual.

Kesan-kesan Hyperemesis Gravidarum

  • Muntah dan mual yang kronik boleh membahayakan ibu dan kandungannya. Ibu yang tidak mendapat nutrisi yang seimbang akan menyebabkan kehilangan berat badan.
  • Tubuh badan ibu akan kehilangan cecair badan dan asid perut yang boleh menyebabkan badan menjadi ternyahhidrat seterusnya mengalami ketidakseimbangan elektrolit.
  • Jika wanita yang mengalami hyperemesis gravidarum tidak mendapatkan rawatan, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kegagalan organ dan kelahiran pra-matang.

Pastikan mami menghubungi doktor serta merta jika mengalami simptom-simpton berikut:

  • Rasa mual sepanjang hari dan mengalami kesusahan untuk makan dan minum
  • Bau badan yang kurang menyenangkan atau fruity mouth (mulut mempunyai rasa seperti buah-buahan)
  • Sentiasa muntah
  • Muntah yang keperang-perangan atau mempunyai darah
  • Kehilangan berat badan
  • Pengsan atau sakit kepala
  • Kurang membuang air kecil
  • Sentiasa sakit kepala
  • Keletihan yang kronik
  • Degupan jantung yang laju
  • Kekeliruan
Sepanjang kehamilan pertama dan kedua, Eva tidak mengalami mabuk hamil yang kronik tapi rasa kurang selesa memandangkan bila waktu pagi menjelang, mulalah rasa loya dan muntah. Kena minum air suam banyak-banyak dan Eva akan pastikan perut tidak kosong untuk menghindar rasa pening atau gastrik – boleh baca Tips Elak Loya Ketika Hamil.
Mesti ibu pun ada pengalaman mabuk hamil kan? Jom sharing pengalaman ibu-ibu dengan komen dibawah.

www.aveheart.com