Selamat pagi dunia!
Birthday si kecil bakal tiba lagi, mesti si comel happy and excited nak meraikan birthday. Mommies mungkin tengah mencari ideas apa menu yang sesuai dihidangkan sebagai sajian pada majlis harijadi. Mommies perlu hidangkan menu kreatif dengan hiasan-hiasan menarik agar mereka teruja untuk makan. Kanak-kanak biasanya makan dalam kadar yang sedikit. Oleh itu, finger food atau makanan jemari seperti biskut, buah-buahan atau kebab bersaiz kecil amat sesuai untuk dihidangkan. Menu ini mudah tetapi comel dan berwarna-warni. Pasti menambat selera adik dan kawan-kawan yang datang berkunjung nanti.
Menu Makanan Comel Untuk Parti Harijadi Si Kecil

Menu Makanan Comel Untuk Parti Harijadi Si Kecil

1. Fruit & Marshmallow Skewers

Fruit & Marshmallow Skewers

Fruit & Marshmallow Skewers

Bahan-bahan:
  • 10 biji strawberi
  • 10 biji anggur hitam
  • 100gram marshmallow bunga
  • 100gram marshmallow bulat
  • Coklat coin {untuk dicelup}
  • 10 batang lidi
Cara Membuat:
  1. Basuh strawberi dan anggur. Kemudian keringkan.
  2. Cucuk buah-buahan yang telah dibasuh tadi berselang-seli dengan marshmallow.
  3. Double boil coklat untuk dicelup dan hidangkan bersama buah-buahan dan marshmallow yang siap dicucuk.
  4. Siap untuk dimakan.

 

2. Cake in the Cone

Cake in the cone

Cake in the cone

Bahan-bahan:
  • 2 biji kek mini swiss roll
  • 6 aiskrim kon
  • Krim putar {dalam tin}
  • 2 sudu besar hiasan sprinkle
Cara Membuat:
  1. Potong kek mini swiss roll kepada 6 bahagian.
  2. Masukkan potongan kecil tadi ke dalam kon aiskrim.
  3. Semburkan whipping cream di atasnya.
  4. Kemudian taburkan hiasan sprinkle di atas whipping cream.
  5. Siap untuk dihidangkan.

 

3. Roti Pelangi

Roti Pelangi

Roti Pelangi

Bahan-bahan:
  • 5 keping roti
  • 5 sudu besar sapuan coklat
  • 2 sudu besar hiasan sprinkle
Cara Membuat:
  1. Potong roti kepada dua membentuk tiga segi.
  2. Sapukan sapuan coklat pada roti yang telah dipotong.
  3. Akhir sekali, taburkan hiasan sprinkle di atas roti.
  4. Siap untuk dimakan.

Harijadi dan gula-gula memang tidak dapat dipisahkan. Untuk mengelakkan mommies daripada menghidang gula-gula dalam kadar yang banyak, mommies boleh gantikan ia dengan kudapan manis seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang anak gemari. Pasti kudapan itu menjadi pilihan mereka.
Selamat Mencuba!

Always & Forever,

Eva Matt’s || 1105221

0138187984

Discovering Parenthood