Hello Beautiful
Tentu ibu bapa risau bila berat badan anak kurang. Kanak-kanak suka memilih apa yang mereka mahu makan berbanding apa yang mereka perlu makan. Akibatnya, berat badan mereka mungkin akan berkurangkan disebabkan badan mereka tidak mendapat nutrisi-nutrisi penting untuk perkembangan fizikal dan minda.
Ada anak-anak yang tidak mahu makan nasi tapi asyik mahu menyusu saja. Ada pula yang tidak mahu makan sayur dan hanya makan ikan, ayam atau daging. Kanak-kanak memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari untuk memastikan tumbesaran mereka tidak terganggu.

Kita perlu tahu apakah vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak.

  • Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
  • Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
  • Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
  • Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
  • Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

menu-untuk-anak-kurang-berat-badan

Menu Untuk Anak Berumur 1 Hingga 3 Tahun Yang Kurang Berat Badan

Sarapan Pagi

  • 1 gelas susu
  • 1 keping roti bakar
  • 2 sudu teh marjerin

 

Minum Pagi

  • ½ potong betik
  • 2 keping biskut
  • 1 gelas minuman bersusu

 

Makan Tengahari

  • 1 cawan mi goreng (Tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak ke dalam mi goreng)
  • 2 ketul ayam (1 ketul bersaiz kotak mancis)
  • 1 cawan sayur
  • 1 gelas air masak
  • ½ potong betik

 

Minum Petang

  • 3 ketul pisang goring
  • ½ gelas jus tembikai

 

Makan Malam

  • 1 cawan nasi putih (Gaulkan 1 ½ sudu makan marjerin ke dalam nasi putih)
  • 1 ekor ikan kembung masak pindang
  • 1 cawan bayam
  • 1 gelas air masak
  • ½ biji pisang

 

Minum Malam

  • 1 gelas minum bersusu

(Sumber: PaMa)

www.aveheart.com