menu-untuk-kanak-kanak-obesiti
Rasa geram bila nampak anak montel aka chubby. Of course, kita sebagai ibu bapa mahukan anak yang montel tapi tidaklah sampai terlebih berat badan kan. Macam-macam penyakit boleh datang jika anak mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan mungkin tumbesaran terganggu kerana timbunan lemak yang berlebihan pada organ-organ tubuh.

Dari segi psikologi, anak berhadapan dengan ejekan daripada rakan-rakan sekelas jika mengalami obesiti.

Untuk mengetahui berat badan anak kita dalam kategori normal or obesiti, kita perlu merujuk kepada carta body mass index atau lebih dikenali sebagai BMI. Berat badan yang ideal bertambah seiring dengan umur.

Berikut adalah cadangan menu untuk kanak-kanak obesiti:

 
1 cawan susu

1 cawan susu

Sarapan

  •  1 biji telur goreng (digoreng dengan hanya sedikit minyak)
  • 1 keping roti gandum (disapu dengan mentega rendah lemak)
  • 1 biji oren
  • 1 cawan susu
bertih-jagung 

Snek

  • 2 cawan bertih jagung
  • 1 cawan susu coklat kocak
 

Makan tengah hari

  • 1/2 cawan nasi
  • 1 cawan sup sayur
  • 100gm ayam dipanggang
  • 1 biji epal
  • 1 cawan air kosong
 papaya

Makan malam

  • 1 mangkuk bihun sup
  • 1 cawan betik
  • 1 cawan susu
tips-atasi-obesiti-untuk-kanak-kanak
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau diet anak-anak. Tunjukkan teladan yang baik dalam soal pemakanan agar mereka membesar dengan sihat dan gembira!

www.aveheart.com