Hello Beautiful!

Selepas bayi dilahirkan, mommies akan perasan beberapa perubahan dari segi fizikal dan emosional berlaku kepada diri. Mommies mungkin merasa penat, tidak selesa, emosi tidak menentu dan merasa risau dengan keadaan fizikal. Well, melahirkan bayi adalah satu pencapaian yang amazing! Akhirnya si kecil selamat dilahirkan. Syukur kepada Tuhan.

Perubahan Dari Segi Fizikal Di Dalam Beberapa Minggu Pertama:

1. Sakit Payu Dara

Payu dara anda mungkin akan membengkak dan sakit untuk beberapa hari kerana susu mula mengalir begitu juga dengan puting payu dara. Tetapi, pembengkakan payu dara akan lega apabila corak penyusuan anda lebih mantap.

2. Sembelit

Pergerakan usus postpartum buat kali pertama iaitu terasa membuang air besar selepas bersalin mungkin akan berlaku beberapa hari selepas bersalin. Beberapa keadaan seperti buasir yang sensitif, episiotomi yang sedang sembuh serta otot-otot yang penat boleh membuatkan mommies berasa sakit ketika hendak membuang air besar.

3. Episiotomi

Jika perineum (bahagian diantara kulit vagina dan anus / dubur) telah ditoreh oleh doktor atau ia terkoyak semasa pelahiran, jahitan tersebut mungkin membuatkan anda berasa sakit untuk duduk atau berjalan buat sementara waktu semasa proses penyembuhan. Kadang-kadang, mommies juga akan merasa sakit ketika batuk or bersin.
Untuk penjagaan episiotomi, lakukan mandian Sitz (duduk di dalam beberapa inci air menutupi punggung sehingga paras pinggang) dengan menggunakan air sejuk untuk beberapa hari pertama dan kemudian air suam. Kemutkan punggung anda apabila duduk untuk mengelakkan daripada regangan yang menyakitkan pada jahitan. Selain itu, gunakan botol pancutan air suam untuk membasuh luka tersebut dan sentiasa lap kering bahagian luka.

4. Buasir

Walaupun ia lazim berlaku, buasir iaitu saluran darah yang bengkak di dalam dubur selalunya tidak dapat dijangka. Lakukan mandian Sitz dan letakkan pek sejuk secara berselang-seli untuk melegakan buasir. Jangan gunakan julap, supositori atau enema untuk memudahkan anda buang air besar sekiranya doktor tidak membenarkan anda mengambilnya. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi serat serta minum banyak air untuk mengatasi buasir / sembelit.

5. Kilasan panas dan sejuk

Selepas bersalin, tubuh akan menyesuaikan diri terhadap hormon baru dan paras aliran darah boleh menyebabkan kekacauan pada laras suhu dalaman badan.

6. Inkontinens kencing atau tinja

Penegangan otot-otot semasa bersalin boleh menyebabkan anda secara tidak sengaja membuang air kecil ketika batuk, menggeliat atau ketawa. Kadang-kadang, ia mungkin membuatkan mommies sukar untuk mengawal pergerakan usus terutamanya jika pelahiran melalui vagina yang mengambil masa yang lama.

7. Uterus

Selepas bersalin, uterus anda akan terus mengalami pengecutan selama beberapa hari. Ia lebih jelas berlaku ketika mommies menyusukan bayi atau apabila anda mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan.

7. Lelehan vagina (lochia)

Pada permulaan selepas bersalin, pendarahan darah haid akan menjadi banyak dan selalunya berketul-ketul. Selepas itu, secara perlahan-lahan lelehan vagina akan bertukar kepada warna putih atau kuning dan kemudian berhenti dalam masa beberapa minggu.

8. Berat

Mommies mungkin mempunyai 12 atau 13 paun berat postpartum (berat bayi, plasenta dan cecair amnion), iaitu kurang daripada berat semasa anda hamil cukup bulan. Lepas itu, berat air tambahan akan menurun di dalam minggu pertama apabila tubuh sudah mendapat semula keseimbangannya.

Perubahan Fizikal dan Emosi Ibu Selepas Bersalin

Perubahan Dari Segi Emosi Di Dalam Minggu Pertama:

Kemurungan bayi / baby blues

  • Ramai ibu baru akan mengalami kesedihan, kerisauan atau mula menangis dalam beberapa hari atau pada minggu postpartum.
  • Keadaan ini lazim berlaku dan ia mungkin berkaitan dengan perubahan fizikal termasuk perubahan hormon, kepenatan dan pengalaman kelahiran yang tidak dijangka disamping, transisi emosional apabila mommies mula menyesuaikan diri dengan pertukaran peranan serta kehadiran bayi baru anda.
  • Baby blues / kemurungan bayi ini biasanya hilang dalam masa seminggu.

Depresi portpartum / Postpartum depression -PPD

  • Keadaan ini lebih serius dan lebih lama dari baby blues.┬áIbu baru yang mengalami keadaan ini akan mengalami perubahan mood, kerisauan, rasa bersalah dan kesedihan yang berterusan. PPD boleh didiagnosis sehingga setahun selepas anda bersalin dan ia biasanya berlaku kepada wanita yang mempunyai sejarah depresi, multiple life stressor dan sejarah depresi keluarga.
  • Apabila anda mengalami situasi ini, anda dan pasangan mungkin tidak sependapat bila menyentuh soal hubungan seksual. Pasangan anda mungkin sudah boleh menerima keadaan anda selepas bersalin tetapi anda pula masih tidak bersedia dari segi fizikal atau emosi. Doktor selalunya menasihatkan wanita agar tidak melakukan hubungan seksual sebelum habis hari berpantang bagi memastikan luka episiotomi sembuh.

Atasi Depresi Postpartum


Proses penyembuhan selepas bersalin ini mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Jika mommies menjalani pembedahan Caesarean / C-Section, ia boleh mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Kesakitan akan memuncak pada minggu pertama selepas pembedahan dan akan hilang perlahan-lahan. Doktor akan menasihati mommies tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil selepas pembedahan, arahan untuk mandi, bagaimana memulakan senaman untuk mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan sembelit.

Ingatlah bahawa Wonder Woman hanyalah satu fiksyen! Mommies tidak berupaya melakukan semua tugas seorang diri. Mintalah bantuan daripada suami dan keluarga.

Perkara Yang Boleh Mommies Lakukan Semasa Berpantang:

  • Ketika bayi tidur, mommies boleh tidur sekejap. Dapatkan rehat tambahan untuk diri sendiri.
  • Ambil masa untuk membaca buku atau mendengar muzik supaya mommies boleh tenangkan minda dan fikiran.
  • Bersenam dan dapatkan udara segar bersama bayi atau mommies boleh lakukan berseorangan jika ada orang yang menjaga bayi anda. Tetapi, lakukan senaman setelah doktor mengatakan anda boleh berbuat demikian bagi mengembalikan semula kekuatan dan tubuh pranatal anda, meningkatkan tenaga serta kurangkan sembelit. Berjalan dan berenang adalah antara pilihan terbaik yang boleh mommies lakukan.
  • Luangkan masa anda dengan pasangan untuk bersendirian dan berbicara.
  • Luangkan masa juga untuk berseronok bersama bayi.
  • Kurangkan aktiviti membersihkan rumah atau memasak ketika menjaga bayi anda.
  • Berbicara dengan kumpulan ibu-ibu baru untuk bertukar-tukar ideas atau sharing pengalaman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat berpantang mommies!

Always & Forever,

Eva Matt’s | 1105221

Stories Of AveHeart | Discovering Parenthood