Anda ada masalah nafas atau mulut berbau?

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Ramai yang mempunyai masalah ini dan ada juga yang tidak sedar tentangnya. Ia agak memalukan bagi sesetengah orang dan ada yang merasa rendah diri kerana masalah ini
Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai masalah nafas atau mulut berbau:
  • Bertanyalah kepada mereka yang rapat seperti suami, isteri, kawan rapat atau anak-anak. Tapi, janganlah kecil hati bila ditegur oleh kawan contohnya sebaliknya ucapkan terima kasih kerana anda boleh mengambil langkah untuk mengatasinya segera.
  • Gunakan halimeter iaitu sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Bau mulut atau dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’ boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Punca-punca Masalah Nafas atau Mulut Berbau:

1. Mulut
  • Kerosakan gigi (karies gigi)
  • Penyakit gusi (periodontium)
  • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
  • Gigi palsu yang tidak bersih
  • Mulut kering
  • Makanan melekat di celah-celah gigi
  • Bau mulut selepas bangun pagi
 
2. Jenis Makanan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kopi
  • Minuman alkohol
  • Tembakau
 
3. Keadaan Kesihatan
  • Penyakit hati
  • Diabetes
  • Ulser Mulut
  • Sakit Gusi
  • Tonsil pada tekak
  • Jangkitan paru-paru
Punca dan Cara Mengatasi Masalah Nafas atau Mulut Berbau

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Nafas atau Mulut Berbau

Cara Mengatasi Masalah Nafas atau Mulut Berbau:

1. Membersihkan gigi dan mulut setiap hari
  • Ambil masa memberus paling kurang dua atau tiga minit
  • Gunakan flos atau flos pakai buang dengan betul untuk membuang bakteria dan lebihan makanan
  • Amalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur, sekurang-kurangnya dua kali sehari
2. Membersihkan lidah setiap hari
  • Jangan lupa membersihkan lidah semasa menggosok gigi
  • Berus perlahan-lahan, gerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih
3. Minum air secukupnya
  • Untuk merangsang pengeluaran air liur, membilas sisa makanan pada gigi dan melembapkan mulut.
4. Kunyah gula-gula getah tanpa gula
  • Guna cara ini sekiranya anda tidak dapat memberus gigi selepas makan.
5. Lakukan rutin pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Doktor boleh mengesan dengan awal sekiranya ada masalah penyakit gusi dan tulang (periodontal problem, gingivitis) dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
 

Penting untuk kita memahami masalah nafas atau mulut berbau dan puncanya agar masalah boleh dirawat.

So, Eva harap artikel ini dapat membantu anda mengenai nafas dan mulut berbau. Next entry Eva akan kongsikan tentang cara mengatasi masalah nafas atau mulut berbau dengan vitamin. Tunggu tau?
Hmm, sudah berus gigi?
 

Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood