Hello, Mommies!
Rambut gugur selepas bersalin? Oh, tidak! Eva pernah mengalami rambut gugur tahap teruk selepas bersalin anak pertama. Memang Eva rasa panik dan kurang yakin. Macam mana la mahu pergi kerja dengan rambut bahagian depan kurang rambut. Bila Eva sikat rambut, buat style skit aduhai rambut berguguran ke lantai macam hujan. Hampir 6 bulan rambut tidak berhenti gugur. Terpaksa tukar style rambut sebab tidak tahan nampak rambut semakin menipis lebih-lebih lagi bila rambut panjang.
Sebenarnya masalah rambut gugur bagi ibu yang baru melahirkan anak adalah normal. Malah, ada mitos mengatakan apabila anak sudah pandai membuat ‘buih’ atau ‘air liur’, ketika itulah rambut ibu akan gugur dengan banyak. Tetapi, mommies jangan panik kerana kepala kita tidak akan menjadi botak! Haha. Ia akan kembali normal antara masa 6 ke 12 bulan selepas bersalin. Rambut juga mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru.
Ketika hamil, kita tidak mengalami rambut gugur kerana rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Mungkin ada dikalangan ibu mendapati rambut tumbuh lebih lebat ketika ini. Tetapi, selepas bersalin rambut mula gugur dua kali ganda.
Fakta tentang rambut selepas bersalin

Fakta tentang rambut selepas bersalin

Faktor keguguran rambut lepas bersalin:

Faktor Rambut Gugur

Faktor Rambut Gugur

1. Perubahan hormon

Hormon progesterone dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Ketika hamil, hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan’rehat’ begitu juga, hanya sedikit rambut gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat ‘berehat’. Ini bermaksud lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

2. Tekanan

Kesibukan yang dihadapi ibu selepas bersalin seperti menguruskan bayi baru lahir sedikit sebanyak memberikan tekanan. Malah keadaan ini bertambah serius apabila ibu kembali bekerja. Ini kerana ibu kurang mempunyai masa untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

3. Kerap hamil dan bersalin

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung beberapa kali mempunyai risiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai anak yang sedikit.

4. Pemakanan

Masalah rambut gugur akan menjadi serius sekiranya ibu tidak mengamalkan pemakanan sihat. Lazimnya, masalah rambut gugur ini akan berakhir apabila bayi memasuki usia enam bulan hingga 12 bulan. Namun, sekiranya keadaan berterusan ibu perlu dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh disebabkan kecelaruan hormon akibat tiriod dan anemia.
Dengan itu, ibu perlu tahu beberapa cara mengatasi rambut gugur.
Cara mengatasi rambut gugur

Cara mengatasi rambut gugur

LAKUKAN:

  • Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi seperti telur, daging ayam, sayuran hijau, tauge, makanan laut, makanan gandum, salmon, kunyit dan jintan.
  • Jangan lakukan rawatan rambut seperti rebonding, perm, dye sehingga rambut kembali normal.
  • Pemakaian shampoo yang diperkaya vitamin B yang berasaskan bahan organik.
  • Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
  • Gunakan sikat rambut yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Minum air secukupnya agar dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh dengan kuat dan sihat.
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kurangkan tekanan
  • Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.
Seperti yang kita tahu, rambut merupakan tisu yang paling cepat tumbuh pada tubuh. Untuk menggalakkan pertumbuhan tisu, kita memerlukan protein yang cukup dalam badan supaya dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Dengan sel-sel yang baik ini, ia akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya. Selain itu, kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.
Jadi, rawatan dalaman perlu kita dapatkan agar rambut kita kembali sihat dan cantik dengan mengambil ESP (Soy Protein Isolate Powder) dan Zinc Complex.
Vitamin Rambut Sihat

Vitamin Rambut Sihat

ESP & Zinc Complex

ESP & Zinc Complex

Sangat mudahkan nak dapat rambut yang cantik dan sihat. Jangan berlengah-lengah lagi, masih belum terlambat untuk cepat-cepat bina sel badan agar rambut tumbuh sihat, cantik dan kuat. Tidak rugi mencuba mommies supaya kita yakin dengan rambut kita bila kembali bekerja! Rambut umpama mahkota wanita jadi tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Manjakan rambut ibu dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal seperti pengguna produk set rambut gugur ini!

Testimoni Atasi Rambut Gugur Dengan Mengambil Zinc Complex:

Testimoni Atasi Rambut Gugur Dengan Mengambil Zinc Complex

Testimoni Atasi Rambut Gugur Dengan Mengambil Zinc Complex

Testimoni Atasi Rambut Gugur Dengan Mengambil Zinc Complex

Testimoni Atasi Rambut Gugur Dengan Mengambil Zinc Complex

Jangan tunggu mommies, hubungi saya untuk dapatkan produk ini!

Always & Forever,

Eva Matt’s || SID 1105221

0138187984

Pos seluruh Malaysia!