Mengapakah buasir terjadi?
Buasir boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur. Kebiasaannya, buasir terjadi kepada orang dewasa berusia 30 tahun ke atas termasuklah juga wanita hamil.
Atasi Masalah Sengugut Dengan Petua Berkesan
Terdapat dua jenis buasir iaitu:
- Buasir luaran : Bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak ketika membuang air besar.
- Buasir dalaman : Salur darah membengkak di lapisan rektum. Berlakunya pendarahan apabila membuang air besar walaupun tidak merasa sakit. Bila pesakit meneran, ia boleh mencederakan permukaan buasir dan berdarah.
Faktor Penyebab Buasir:
- Sembelit. Meneran terlalu lama / berlebihan semasa membuang air besar.
- Berdiri terlalu lama.
- Mengangkat benda-benda yang berat.
- Berat badan berlebihan.
- Untuk wanita hamil, pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan perubahan hormon.
Semua faktor diatas menyebabkan berlakunya penambahan kepada salur darah vena di rektum dan dubur seterusnya menyebabkan salur darah vena membesar dan membengkak menjadi buasir.
Vitamin Tambah Selera Anak, Lagi Bijak!
Tips Kurangkan Buasir Dalam Aktiviti Harian:
Beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan masalah buasir atau meredakan kesakitan sekiranya terkena buasir.
- Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurannya minum 8 gelas air sehari.
- Makan makanan berfiber tinggi. Ambil bah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin.
- Bersenam setiap hari.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit, dikhuatiri membuatkan masalah buasir menjadi lebih teruk.
- Untuk kurangkan rasa sakit dan gatal kerana masalah buasir, mandi dengan air suam.
- Gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen berisi air garam.
- Jangan bertangguh untuk membuang air besar. Ini kerana najis akan menjadi kering dan susah dikumuh seterusnya menyebabkan sembelit.
- Elak berdiri atau duduk terlalu lama.
Tetapi, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya masalah buasir berterusan, sembelit teruk, ada darah dalam najis atau terdapat gangguan pada dubur sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
Baca : Atasi Masalah Nafas Berbau
9 Comments
fatimahwati.hamzah
Nice sharing
Alezra
sangat bermanfaat tips nya
Sue
Adoi sakitnya tu klu kena buasir…tq tipsnya
Norsaheera
Kawan saya amalkan ostematrix shaklee alhamdulillah sembelit terkawal. Buasir pun tidak bertambah teruk
Nija
Takutnya buasir
Mesti cari solusi
Nija recently posted…PERFORMANCE® Drink Shaklee
Sharren Kaur
Thanks info
Sharren Kaur recently posted…Set Bau Nafas Shaklee
Diana
tq infonya..
Diana recently posted…Resepi sotong ringkas dan mudah
Shafizah
Saya sendiri ada sakit buasir sejak remaja lagi. Bila makan omega dan Vitamin C, buasir dah baik. 😊
Shafizah recently posted…Target dalam Hidup
Sylvia Yong
Aduhhh… sakitnya buasir..
Best tips ni, boleh amalkan utk atasi masalah buasir
Sylvia Yong recently posted…6 Jenis Masker DIY Mengecilkan Liang Pori Muka