Hello Beautiful!

Hello Beautiful!

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan doktor mencadangkan seseorang ibu harus menjalani pembedahan atau caesarean. Sesuatu caesarean harus dilakukan apabila berhadapan dengan keadaan kritikal atau keperluan untuk mencegah keadaan daripada menjadi teruk. Doktor juga akan mencadangkan beberapa alternatif yang boleh dilakukan sebelum keputusan terakhir pembedahan atau caesarean dilakukan.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan caesarean perlu dilakukan:

  • Faktor Ibu
  • Faktor Bayi

Faktor Yang Disebabkan Oleh Ibu:

#1 Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu

Masalah kesihatan seperti menghidap darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung yang tidak terkawal ketika hamil mungkin menyebabkan ibu bakal menghadapi pembedahan caesarean. Tetapi, ia hanyalah secara elektif dan bergantung dengan keadaan kesihatan mami.
Apabila masalah kesihatan si ibu menjadi teruk sewaktu tempoh kelahiran, kelahiran secara normal mungkin mengundang lebih banyak masalah dan membahayakan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, doktor biasanya menasihatkan ibu untuk menjalani caesarean.

#2 Telah menjalani pembedahan lebih daripada dua kali

Ibu yang pernah menjalankan pembedahan caesarean lebih daripada dua kali tidak akan ada pilihan lain selain melahirkan bayi ketiga dan seterusnya melalui kaedah caesarean. Ini kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan pecah atau koyak.
Selalunya pembedahan caesarean untuk kali ketiga adalah caesarean terancang memandangkan doktor mengetahui sejarah kesihatan ibu. Ibu boleh berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut tentang caesarean tersebut.

#3 Masalah uri

Bila ibu menghadapi masalah uri seperti placenta praevia atau plasenta abruption, ibu dinasihatkan melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi pendarahan sewaktu melahirkannya.

 

Plasenta praevia

Placenta previa

Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta atau uri yang terletak adalah rendah iaitu di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau semua serviks atau pembukaan rahim. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah menyebabkan perdarahan yang teruk.
Jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh, bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina. Haemorrhage atau perdarahan yang tidak dapat diberhentikan boleh membahayakan nyawa kedua ibu dan bayi. Jika perdarahan tidak berhenti, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui  caesarean.

 

 Placenta abruption

Placenta abruption

Keadaan placenta abruption ini sangat serius kerana uri (placenta) mula berpisah dari dinding rahim sebelum proses kelahiran bermula. Ia berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan pendarahan banyak ketika hamil. Masalah placenta abruption ini membahayakan ibu dan bayi yang dikandung, oleh itu pembedahan caesarean perlu dilakukan.

 #4 Rahim pecah (Uterine Rupture)

Sekiranya anda tergolong dikalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai, atau pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran secara caesarean kerana risiko rahim pecah.
Selain itu, wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi seperti air selusuh berasaskan herba seperti ‘genggam fatimah’, juga berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah.
Dapatkan nasihat awal daripada pakar perubatan sebelum mengambil sebarang produk herba.

#5 Keadaan proses pelahiran yang panjang

Terdapat dua fasa dalam proses pelahiran iaitu latern bila rahim membuka sehingga 3sm dan aktif iaitu mula 3sm – 10sm yang mengambil masa 7 jam. Tetapi jika ibu menghadapi proses pelahiran lebih daripada 7 jam, ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang.
Jika keadaan mendesak, ibu mungkin diberi pilhan untuk melakukan pembedahan caesarean atau bantuan kelahiran seperti forseps atau ventous.
Punca-punca pembedahan ceaser

Faktor Yang Berpunca Daripada Bayi:

#1 Lemas

Bayi lemas ini boleh dikesan melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi. Hasil pemeriksaan CTG ini, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak dalam kandungan si ibu.
Selain itu, bayi lemas boleh dikesan melalui warna air ketuban seperti:
  • Jernih –  tiada masalah
  • Kuning kehijauan (cair, pekat, sangat pekat) – Najis bayi (mekonium) sudah dikeluarkan atau maksudnya bayi sudah membuang air besar.
  • Merah – Uri telah lekang

#2 Cephalopelvic disproportion (CPD)

Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat keadaan tulang pinggung si ibu sememangnya kecil sejak azali atau berpunca daripada kemalangan.
Bagi yang diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal tetapi kepala atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

#3 Saiz bayi yang besar

Berat bayi yang melebihi 4 kg biasanya perlu dilahirkan secara caesarean kerana ia terlalu besar untuk dikeluarkan secara normal. Seperti Eva juga perlu melahirkan anak kedua secara pembedahan disebabkan saiz bayi yang besar.

#4 Kedudukan bayi dalam kandungan

Kedudukan Bayi

Kedudukan bayi dalam kandungan juga diambil kira sebelum pembedahan dilakukan. Kedudukan tidak normal seperti songsang atau melintang, mungkin menyebabkan ibu disarankan bersalin secara caesarean untuk mengeluarkan bayi secara selamat. Namun begitu, ibu masih berpeluang melahirkannya secara normal.

#5 Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)

Baby IUGR

Kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan boleh menyebabkan pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut. Sebagai langkah keselamatan, pembedahan caesarean harus dilakukan untuk mengelak sebarang komplikasi kelahiran kepada bayi.

#6 Cacat

Hydrocephalus

Tidak semua bayi yang cacat perlu dilahirkan secara caesarean. Hanya keadaan tertentu seperti bayi mengalami masalah hydrocephalus.

#7 Bayi kembar

Bagi ibu yang mengandung anak kembar dua, anda masih boleh bersalin secara normal bergantung dengan kedudukan bayi. Tetapi jika mengandung anak kembar tiga atau lebih, anda disarankan bersalin secara pembedahan untuk mengelak sebarang komplikasi berbahaya kepada ibu dan bayi-bayinya.

#8 Tali pusat bermasalah

Pembedahan caesarean perlu dijalankan bila bayi menghadapi masalah berkaitan dengan tali pusat seperti tali pusat terkeluar, terbelit dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com