Hello2
Menjadi ibu bapa adalah impian setiap pasangan suami isteri selepas berkahwin. Namun, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sekiranya pasangan masih belum dikurniakan anak, jangan putus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Selain kaedah moden, anda dan pasangan boleh mencuba kaedah tradisional untuk meningkatkan kesuburan.

Rawatan tradisional untuk meningkatkan kesuburan:

1. Urutan

Urutan sangat penting untuk melancarkan perjalanan darah dan juga meningkatan penghasilan hormon bagi perempuan dan lelaki. Untuk permulaan, sebaik-baiknya anda dan pasangan mengurut secara kerap dan konsisten dalam usaha mendapatkan zuriat.

2. Bertangas

Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang tetapi juga disarankan bagi wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Antara kebaikan bertangas untuk wanita adalah memulihkan sistem peranakan. Lelaki juga boleh melakukan kaedah bertangas ini untuk melancarkan darah dalam badan.

3. Makan jamu atau makanan herba

Amalan memakan jamu dan herba baik untuk pasangan suami isteri dalam memperbaiki sistem dalaman badan. Pilih jamu yang sesuai dan selamat untuk diamalkan kerana ada jamu yang boleh membantu membersihkan rahim dan melancarkan peredaran darah. JamuĀ  juga boleh membantu menghasilkan sperma yang berkualiti bagi kaum lelaki.

4. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat

Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting untuk diamalkan oleh setiap pasangan yang ingin mendapatkan cahayamata. Jadikan makanan seperti ikan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan sebagai hidangan anda untuk cara hidup yang lebih baik.
Rawat Kesuburan Suami dan Isteri Cara Tradisional

Rawat Kesuburan Suami dan Isteri Cara Tradisional

5. Makan makanan Sunnah

Selain amalan pemakanan sihat, pasangan digalakkan mengamalkan makanan Sunnah seperti kurma, buah delima, madu, buah zaitun dan sebagainya. Ia sangat baik untuk diamalkan kerana mempunyai banyak khasiat.

6. Selalu bersama

Setiap pasangan digalakkan untuk membuat hubungan kelamin dengan kerap untuk mendapatkan cahayamata. Yang penting, sentiasa berusaha dan tidak putus asa.

7. Kurangkan tekanan dan amalkan gaya hidup sihat

Stress, kerisauan melampau tidak baik untuk kesihatan dan ini boleh menyumbang kepada kesukaran mendapatkan zuriat. Kurangkan tekanan dan amalkan cara hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan. Berfikiran positif juga boleh membantu.

8. Berdoa dan terus berdoa

Doa adalah sumber kekuatan. Serahkan segala-galanya kepada Tuhan dan berdoalah untuk meminta zuriat yang baik dan jangan pernah berputus harapan. Usaha tanpa doa mungkin tidak akan berhasil. Percayalah, Allah yang Maha Esa pasti akan mendengarkan doa kita. Cepat atau lambat, segala sesuatu itu pasti indah pada waktunya.

Doa adalah sumber kekuatan

Doa adalah sumber kekuatan

Jangan lupa berdoa dan terus berdoa semoga anda diberikan amanah oleh Tuhan untuk memiliki cahayamata dan meneruskan keturunan. Semoga tips ini memberi manfaat!

www.aveheart.com