Jus Detoks Untuk Kurus dan Sihat

Salam ceria untuk semua!
Kali ini saya kongsikan jus detoks yang mudah dibuat dan paling best, banyak khasiatnya. Jus ini sangat bagus dalam membantu meningkatkan kadar kesihatan yang baik disamping boleh melindungi kulit secara dalaman {awesome}. Lepas baca, boleh start juicing!
Bahan-bahan:
  • 1 biji buah avokado
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji buah mangga
Cara Membuatnya:
  1. Bersihkan buah-buahan tersebut.
  2. Kemudian potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar.
  3. Kisar satu persatu buah tersebut sehingga terhasilnya jus.
  4. Tuang ke dalam gelas bersih dan sedia untuk diminum
Sound delicious? Jom ketahui khasiat avokado, mangga dan epal hijau kepada kesihatan kita.

JUICE

Kebaikan avokado:

  • Merupakan sumber besar kalium yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah
  • Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik dimana ia membantu melindungi mata daripada katarak.
Kebaikan avokado

Kebaikan avokado

  • Selain itu, avokado adalah cara terbaik dan semulajadi bertindak melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
  • Avokado kaya dengan anti-oksidan dan bermanfaat mencegah gejala penuaan. Ia turut membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Kebaikan mangga:

  • Mengandungi komponen antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser.
  • Mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu otot berfungsi dengan baik.
Kebaikan mangga

Kebaikan mangga

  • Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolestrol jahat dan mencegah dari penyakit obesiti.
  • Selain itu, mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi.

Kebaikan epal hijau:

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan risiko barah.
Kebaikan epal hijau

Kebaikan epal hijau

  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia {boron} pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.

Source : Rapi, Jun 2015


Jom detox!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood