camerancollage2015_06_20_065834

Tak lengkap hidangan kalau tiada pencuci mulut kan. Ibu-ibu boleh try resepi “Agar Agar”  ini untuk disajikan kepada family atau tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

camerancollage2015_06_20_070118

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar
  • ½ cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 tin isi jagung
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara menyediakannya:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan biarkan mendidih.
  2. Angkat dan tuangkan ke dalam gelas kecil.
  3. Biarkan sejuk.

Hidangan: 10 orang

Tempoh penyediaan: 15 minit

 Tip masakan: Jangan masak terlalu lama, sebaik agar-agar hancur angkat dan tuangkan ke dalam gelas.

camerancollage2015_06_20_070539

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar
  • ½ cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 sudu the esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air)

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masak agar-agar bersama air dan gula secukupnya hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan biarkan mendidih.
  3. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan kecil.

Hidangan: 10 orang

Tempoh penyediaan: 15 minit

 Tip masakan: Karamel tanpa telur ini mempunyai rasa yang sedikit berbeza namun enak rasanya.

camerancollage2015_06_20_070929

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar
  • 200 gm gula batu
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar sirap Rose
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan (diikat)

Cara-cara menyediakannya:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk kemudian tapis
  2. Masak sekali lagi dan biarkan mendidih.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Hidangan: 10 orang

Tempoh penyediaan: 15 minit

Tip masakan: Tapisan perlu dilakukan supaya segala kekotoran dapat diasingkan daripada adunan.

 

Best tak? Cepat dan mudah, hanya 15 minit. Selamat Mencuba!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood