Sumber: Google

Sumber: Google

Ramadhan sudah pun tiba. Mesti ibu-ibu busy menyediakan makanan untuk keluarga. Hmm, mencari menu untuk dimasak berbuka nanti? Mari cuba resepi ini 🙂

Bahan-bahan:

  • 400gm isi ikan merah
  • 1 ulas bawang putih [diketuk]
  • 2sm halia muda [dihiris]
  • 40gm cendawan [dipotong]
  • 40gm lobak merah [dipotong]
  • 10gm daun sup [dihiris]
  • 10gm daun bawang [dihiris]
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Letak ikan di atas bekas pengukus
  2. Tabur bawang putih, halia, cendawan, lobak merah, daun sup, daun bawang dan garam secukup rasa
  3. Kukus selama 15 minit dan angkat
  4. Sedia dihidang

Senang kan? Buat semua muslimin dan muslimat Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Selamat Mencuba!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood