Bosan dengan nasi dan lauk-pauk untuk dimasukkan dalam lunch box anak anda? Mungkin mommies boleh tukar resipi harian dengan mencuba dua resipi menarik ini.

#1 Resipi Roti Jagung

Resipi Roti Jagung

Resipi Roti Jagung

Bahan-bahan:
• 3 cawan jagung kisar (jagung kering)
• 1 ½ cawan tepung serbaguna
• ¼ cawan germa gandum
• ¾ sudu kecil soda penaik
• 2 sudu kecil serbuk penaik
• ½ sudu kecil garam
• 3 biji telur
• 2 ¼ susu mentega
• ¼ cawan minyak zaitun
Cara Membuat:
1. Campurkan bahan-bahan kering dan kacau rata. Putar susu mentega dan telur.
2. Kemudian, masukkan sebatian yang telah diputar ke dalam campuran bahan-bahan kering. Kacau rata sebatian.
3. Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali besi dan panaskan minyak tersebut. Kemudian tuangkan minyak panas tersebut ke dalam sebatian dan kacau rata.
4. Tuangkan semula sebatian ke dalam kuali dan bakar pada suhu 400 darjah F selama 25 minit.
www.aveheart.com

www.aveheart.com

#2 Lof Cendawan

Resipi Lof Cendawan

Resipi Lof Cendawan

Bahan-bahan Untuk Lof:
• 2 ½ paun cendawan pelbagai jenis, dicincang
• 3 batang daun bawang, dicincang
• 6 ulas bawang putih, diracik
• 2 sudu besar minyak zaitun
• 2 biji telur
• 1 cawan serdak roti
• 2 sudu besar krim
• 1 sudu besar kicap
• ½ sudu kecil cayenne
• 1 sudu kecil garam masala
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan-bahan Untuk Kuah:
• 1 ½ paun cendawan butang, dihiris halus
• 1 biji bawang besar, dicincang
• 2 batang saderi, dicincang
• 2 batang karot, dicincang
• 6 ulas bawang putih, diracik
• 2 sudu besar minyak zaitun
• 1 sudu besar thyme
• 6 cawan stok sayur-sayuran
• 2 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung
• ¼ cawan krim
Bahan-bahan Untuk Pengilat Lof:
• 1/3 cawan sos tomato
• 1 sudu kecil kicap
• 1 sudu kecil sos cili
• 1 sudu kecil minyak sayur-sayuran
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam dan serbuk lada hitam
Cara Membuat:
1. Untuk Kuah:
• Cincang semua sayur-sayuran dan masukkan ke dalam kuali penggoreng bersama sedikit minyak zaitun.
• Masak sehingga lembut selama 15 – 20 minit.
• Kemudian masukkan stok sayur-sayuran dan masak sehingga kering selama 30 minit dan kuah menjadi kira-kira 4 – 5 cawan.
• Untuk menjadikan kuah pekat, campurkan sedikit campuran tepung jagung dan mentega.
2. Untuk Lof:
• Masukkan cendawan dan daun bawang ke dalam kuali dan masak dengan beberapa sudu minyak.
• Masak sehinggan cendawan mengeluarkan air dan menjadi kering.
• Sejukkan ia di bawah suhu bilik dan campurkan dengan bahan-bahan lof yang lain.
• Apabila sebatian kelihatan boleh dibentuk, masukkan sebatian ke dalam dulang lof yang telah dialas dengan plastic lalu tekankan.
• Kemudian, terbalikkan dulang lof dan keluarkan lof.
• Bakar lof pada suhu 350 darjah F selama kira-kira 45 minit.
• Setelah masak dan sejuk, sapukan permukaan lof dengan pengilat lof. Hidangkan lof cendawan bersama dengan kuah.

Selamat Mencuba!
Rindu tempat ini #throwback

Rindu tempat ini #throwback before earthquake

www.aveheart.com

www.aveheart.com