Hello Beautiful!

Hello, Mommies

Cuti sekolah ini adalah masa terbaik to spend our quality time dengan anak-anak dan family. Mesti riuh rumah kan. Jom ajak anak-anak buat resipi aiskrim pisang, confirm berebut makan bila dah siap. Hehe. Cara buat aiskrim pisang ini sangat mudah dan bahan-bahan pun senang nak cari.

Banana_clean_sheet


Resepi Aiskrim Pisang

Resepi Aiskrim Pisang

Saiz hidangan: 4 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit + masa membeku 1 malam.
Bahan-bahan:
  • 4 biji pisang {Dibuang kulit dan dipotong kasar}
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar madu
  • 150g yogurt
Untuk Hidangan:
  • Coklat gelap {dicairkan}
  • Pisang {dipotong dua}
Cara Membuat:
  1. Bekukan pisang yang telah dipotong dalam peti ais semalaman.
  2. Selepas itu, masukkan pisang beku bersama esen vanilla, madu dan yogurt ke dalam pengisar makanan /blender.
  3. Kisar sehingga mendapat konsistensi aiskrim.
  4. Sejukkan di dalam peti ais / makan terus.
  5. Hidangkan bersama coklat yang dicairkan dan pisang
Analis Nutrisi (1 hidangan):
Kalori : 270kcal
Karbohidrat: 34.6g
Protein: 3.6kg
Lemak: 6.3kg

Selamat Mencuba!
Psst: Pastikan buat banyak-banyak nanti ada orang menangis tak dapat makan aiskrim pisang.Have fun!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart |Discovering Parenthood