Senaman sit-up? Senaman ini mungkin menjadi kegemaran sesetengah ibu dan sudah biasa melakukan rutin senaman ini. Tapi Eva kurang gemar senaman ini walaupun tahu kebaikkannya –  untuk menguatkan otot dibahagian perut. Hehe. That’s why perut kurang kempis 🙂
 Info Senaman Semasa Hamil
Sit-up adalah senaman yang amat memberangsangkan dan terdapat beberapa jenis sit-up yang memberi pelbagai tahap kekuatan.

 Tetapi selamatkah melakukan senaman sit-up semasa hamil?

Senaman sit-up boleh dilakukan tapi pada tahap minima sahaja. Sit-up yang menggunakan slope atau board amat mencabar dan elak daripada melakukannya ketika hamil kerana ia boleh mencederakan bahagian tulang belakang dan otot abdomen wanita hamil.
 selamatkah-melakukan-senaman-sit-up-semasa-hamil

Senaman sit-up yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  1. Baring diatas lantai. Cari kawasan yang selesa dan lantai yang rata. Bengkokkan lutut dan pastikan kedua-dua tapak kaki pula di atas lantai.
  2. Letakkan bantal kecil disisi pinggul supaya rahim yang membesar tidak menekan pembuluh darah.
  3. Angkat kepala dan bahu daripada lantai sambil menghembus nafas. Tidak perlu mengangkat kepala dan bahu terlalu tinggi, cukup 6 hingga 7 inci daripada permukaan lantai.
  4. Turunkan semula kepala dan bahu ke lantai sambil menarik nafas.
  5. Ulang langkah-langkah ini 8 hingga 10 kali.
Selain itu, ibu hamil boleh melakukan beberapa prenatal exercises seperti gambar ini.

senaman-semasa-hamil


Harus diingat bersenamlah secara sederhana dan sentiasa berhati-hati. Berhenti bersenam apabila merasa sakit atau letih.

 

www.aveheart.com