simptom-dan-cara-mencegah-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-shaklee
Health Tips,  Parenting

Simptom Dan Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak semakin serius malah jumlah kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga bertambah. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Apakah simptom-simptom HFMD?

  1. Demam : Hanya bermula dengan demam ringan
  2. Hilang selera makan.
  3. Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1-2 hari demam bermula.
  4. Bintik-bintik merah mula kelihatan
  5. Ulser di dalam mulut, bahagian lidah dan tekak.

Kebiasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada jangkitan.

simptom-penyakit-kaki-tangan-dan-mulut-shaklee-hfmd

Adakah HFMD ini mudah berjangkit?

Yes, HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah.

Wabak ini mampu berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui “direct contact” dengan cairan dari hidung,mulut, peluh atau najis penghidap HFMD.

Malah, wabak ini mampu berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.

Bolehkah HFMD menjangkiti orang dewasa?

HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Tetapi, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ia boleh menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.

Cara Pencegahan HFMD:

Kita perlu melakukan beberapa langkah pencegahan ini agar tidak mudah dijangkiti dengan virus HFMD.

1. Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran seperti :

  • Basuh tangan sebelum memegang anak kecil, terutama jika kita dari luar rumah.
  • Basuh tangan sebersihnya selepas ke tandas, membersihkan najis bayi ,menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.
  • Basuh juga alat permainan anak, perabut dan lantai dengan cecair pencuci yang mengandungi klorin.
  • Pastikan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas, bermain dan sebelum makan.
  • Kebersihan rumah dan diluar rumah (halaman rumah) juga sentiasa dalam keadaan baik.
  • Tutup mulut bila batuk dan bersin.

2. Elak dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri, pusat asuhan, taman permainan, pasaraya, sekolah atau mana-mana tempat yang dikunjungi oleh orang ramai.

3. Elak daripada mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang telah dijangkiti HFMD.

Cara-Basuh-Tangan-Yang-Betul

Perlukah anak dikuarantin?

  1. Sekiranya ada kes HFMD yang telah menjangkiti kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan, mereka dinasihatkan supaya tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh untuk mengelak sebarang jangkitan.
  2. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak juga perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

hand-foot-mouth-disease-shaklee

Untuk ibu bapa yang bekerja dan anak mereka telah dijangkiti HFMD, mereka boleh memohon cuti tanpa rekod. Kerajaan telah memperuntukkan cuti khas untuk menjaga anak yang telah dijangkiti penyakit berjangkit seperti HFMD dan chicken pox.

Dapatkan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan anak dijangkiti HFMD untuk permohonan cuti.

Semoga bermanfaat dan klik Share!

Always & Forever,
Eva Matt’s | 1105221
Your Trusted Shaklee Distributor

pengedar-shaklee-sabah-kota-belud-2018

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge