• Berdengkur Ketika Hamil
    Pregnancy

    Masalah Berdengkur Semasa Kehamilan

    Kehamilan akan menyebabkan mommies hilang kawalan terhadap badan dan mungkin perubahan ini membuatkan mommies merasa malu. Salah satunya adalah masalah berdengkur. Mungkin sebelum hamil, mommies tidak mengalami situasi ini tetapi sebaliknya semasa anda hamil, masalah berdengkur pula timbul. Masalah berdengkur ini berlaku bila mommies mula memasuki trimester kedua dan boleh berlarutan sehingga trimester ketiga. Kemungkinan besar mommies akan berhenti berdengkur selepas bayi dilahirkan. Penyebab masalah berdengkur: Kesesakan pada saluran nasal yang dikenali sebagai kehamilan rhinitis (hidung tersumbat). Berat badan berlebihan (lebih daripada BMI 30) Simptom sleep apnea di mana pernafasan terhenti beberapa kali semasa tidur. Masalah ini boleh membahayakan anda dan bayi kerana ia boleh mengambil oksigen anda dan bayi…