• Tip dan Posisi Sendawakan Bayi Selepas Menyusu
    Parenting

    Tip dan Posisi Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Yang Harus Mami Tahu

    Hello mommies! Pernah risau baby tidak sendawa selepas menyusu?Kadang-kadang sukar untuk sendawakan si baby kan. Bayi yang menyusu botol perlu disendawakan selepas menyusu atau keluarkan angin dari tubuhnya ┬ákerana aliran susu yang laju daripada puting botol memaksa bayi untuk menelan angin di antara sela waktu menelan. Berbeza dengan bayi yang menyusu susu ibu, bayi mempunyai kurang masalah angin di dalam perut kerana dia berupaya untuk mengawal aliran susu daripada payu dara. Bayi juga boleh menghisap dengan ritma perlahan yang membenarkannya untuk menyelaras pernafasan dan penelanan. Tetapi, kadang-kala bayi yang menyusu susu ibu perlu disendawakan jika bayi menyusu dengan pantas atau ibu mempunyai reflex pancutan susu yang agak kuat. Bagi mengurangkan…