Secara umumnya, kehamilan terjadi hasil dari persenyawaan antara sperma dan ovum yang akan membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya dipanggil embrio. Tetapi keadaan yang berbeza terjadi bila anda mempunyai kehamilan anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa (molar pregnancy)merupakan keadaan rahim yang tidak terisi janin. Sebaliknya, rahim hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur. …