• 7 Isyarat Anak Lambat Bercakap
    Parenting

    7 Isyarat Anak Lambat Bercakap

    Tahap pertuturan anak biasanya seiring dengan peningkatan usianya. Dianggarkan lima daripada 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan kelewatan pertuturan, dan sebagai ibu bapa kita perlu ambil tahu masalah kelewatan pertuturan ini kerana ia adalah petunjuk kepada masalah lain seperti masalah pendengaran, autism atau masalah lain. Apabila masalah lambat bertutur berlaku, ibu bapa perlu merujuk kepada terapi pertuturan bahasa untuk mengetahui sama ada anak menghadapi masalah atau tidak. Apabila telah dikenal pasti anak anda bermasalah, ibu bapa boleh berbincang dengan pakar untuk membantu meningkatkan keupayaan pertuturan anak. Ada 7 aspek pra-pertuturan yang harus dilalui oleh anak-anak sebelum bertutur. Kelewatan perkembangan pra-pertuturan ini boleh menjejaskan kemampuan bayi dan anak-anak untuk mula bertutur dan…