• Menangani Mabuk Hamil Yang Teruk
    Pregnancy

    Menangani Mabuk Hamil Yang Kronik Semasa Kehamilan

    Mabuk hamil ialah masalah yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan. Mabuk hamil boleh terjadi pada bila-bila masa dan bukan pada waktu pagi sahaja. Lazimnya, ia berlaku pada minggu keenam kehamilan dan mungkin menjadi teruk pada minggu kesembilan dan hilang pada minggu ke-16 sehingga 18. Walaupun mabuk hamil adalah normal tetapi apabila seseorang wanita muntah beberapa kali dalam sehari, ia boleh menyebabkan anda kehilangan berat badan, ternyahhidrat atau berisiko untuk ternyahhidrat. Jika keadaan ini tidak dirawat ia boleh menggangu kesihatan dan bayi dalam kandungan. Apakah itu Hyperemesis Gravidarum? Hyperemesis gravidarum adalah terma perubatan yang digunakan untuk mabuk hamil yang kronik. Ia kelihatan seperti mabuk hamil yang biasa tetapi terjadi pada…