• 8 Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil Yang Mesti Ibu Tahu
    Pregnancy

    8 Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil

    Tahap kesihatan ibu ketika hamil mempengaruhi perkembangan fetus yang dikandungi. Sepanjang 40 minggu kehamilan, tubuh ibu akan mengalami pelbagai perubahan. Komplikasi ketika hamil tentunya merunsingkan bakal ibu, bayi yang dikandungi dan risiko yang harus dihadapi selepas kelahirannya kelak. #1 Kencing kotor UTI atau dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter ialah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh. Simpton UTI: Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing banyak Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil Air kencing berdarah dan berbau…