Anak adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, ada yang sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum ada rezeki. Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Waktu subur wanita ialah ketika tubuh wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki …