• Parenting

    Cara Merawat Ruam Lampin Pada Bayi

    Hmm,kulit punggung bayi kelihatan merah, berbintik dan menggelupas? Oh, tidak! Ini merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku dengan bayi baru lahir, ruam lampin. Kasihan si baby rasa tidak selesa dan selalu menangis terutamanya apabila terkena air ketika mandi. Bahagian lampin si baby mudah dijangkiti ruam dan kudis punggung walaupun lampinnya kerap ditukar. Ini kerana kulit bayi sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman. Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula dipecahkan oleh kuman-kuman. Mula-mula kulit akan menjadi bintik-bintik dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. Eva masih ingat bila Tito kena ruam lampin. Macam-macam krim…