• Parenting

    8 Tips Ajak Anak Tidur Awal Agar Bangun Pagi Tanpa Ragam

    Tidur awal sejak dari kecil adalah penting kepada anak supaya tidak menghadapi apa-apa masalah. Mungkin ada di antara ibu bapa yang sukar mengajak si kecil tidur awal. Jika dibiarkan, kanak-kanak boleh berjaga sepanjang malam dan tidak merasa letih apabila bangun pada esok harinya. Tetapi, ia boleh mengganggu proses pembesarannya. Tidur yang cukup adalah penting untuk membantu pembesaran fizikal dan perkembangan mental si kecil. Meskipun waktu tidur boleh diganti pada waktu siang tetapi kualiti tidur malam adalah lebih baik. Setiap kanak-kanak mempunyai tempoh masa tidur yang berbeza mengikut umur. Bayi baru lahir – lebih kurang 16 jam atau lebih. Kadang-kadang sehingga 20 jam, selalunya tidur sebentar 3 hingga 4 kali. 2…