Hello, Mommies!
Perancang keluarga adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh pasangan suami isteriĀ untuk menjarakkan kehamilan. Teknik-teknik dibahagikan kepada empat cara iaitu : cara semulajadi, cara fizikal, cara kimia dan cara pembedahan. Setiap cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Suami isteri perlu berbincang untuk memilih cara yang sesuai dan terbaik untuk kebaikan bersama.

CARA SEMULAJADI

  1. Teknik calendar atau beritma
  • Pasangan suami isteri tidak bersetubuh semasa waktu subur dalam kitar haid isteri. Waktu subur biasanya tiga hari sebelum dan selepas pengovulan.
  • KELEMAHAN: Cara ini tidak popular kerana peratusan kegagalan amat tinggi
  1. Teknik mukus
  • Teknik ini memerlukan isteri memeriksa kepekatan mukus yang dirembeskan oleh faraj.
  • Menjelang hari pengovulan, mukus yang dirembeskan adalah lebih kerap, cair, elastik dan mengalir dengan mudah.
  • Selepas pengovulan, mukus akan menjadi pekat sehingga permulaan haid.
  • Mengikut teknik ini, persetubuhan harus dielakkan sebaik sahaja mukus kelihatan cair sehingga empat hari selepas hari terakhir terdapatnya mukus cair.
  • KELEMAHAN: Cara ini agak sukar diramalkan kerana tidak pasti sama ada mukus itu cair atau pekat.
  1. Teknik suhu
  • Teknik ini memerlukan isteri mencatat suhu badan pada setiap pagi selepas bangun tidur.
  • Waktu selamat untuk bersetubuh ialah selepas mencatatkan suhu tinggi selama tiga hari berturut-turut
  • KELEMAHAN: Suhu badan boleh naik disebabkan oleh penyakit
  1. Teknik pengunduran
  • Dalam teknik ini, zakar dikeluarkan daripada faraj sebelum sperma terpancut keluar.
  • KELEMAHAN: Teknik ini kurang berkesan kerana sperma mungkin keluar sebelum zakar dikeluarkan.

CARA KIMIA

  1. Pil pencegahan kehamilan
  • Pil ini mengandungi hormone estrogen dan progesterone yang mencatat rembesan Luteinizing Hormone (LH) dan Follicle Stimulating Hormone (FSH) daripada kelenjar pituitari. Dengan ini, perkembangan folikel serta pengovulan tidak berlaku.Pil ini dimakan selama 21 hari setiap bulan mengikut turutan hari.
  • KELEMAHAN: Kesan sampingan pil ialah kegendutan, pening, sakit kepala, pembekuan darah, strok dan tekanan darah tinggi.
  1. Spermisid
  • Spermisid ini dalam bentuk jeli, krim dan busa dimasukkan ke dalam faraj sebelum perhubungan seks.Spermisid akan membunuh sperma dalam faraj.
  • KELEMAHAN: Mungkin terdapat sperma yang tidak terbunuh.
  1. Norplant
  • Norplant mengandungi enam kapsul berbentuk mancis yang mengandungi levonorgestrel, sejenis hormone yang menghalang penempelan zigot.
  • Kapsul diletakkan di bawah kulit lengan atas wanita. Hormon dalam kapsul ini akan dibebaskan selama beberapa tahun.
  • KELEMAHAN: Kesan sampingan ialah kedatangan haid yang banyak dan cara ini juga agak mahal.

teknik merancang keluarga

CARA FIZIKAL

  1. Kondom
  • Kondom ialah sarung getah plastik yang dipakai oleh lelaki pada zakar yang tegak.
  • Sperma yang dipancut keluar akan dikumpulkan dalam kondom.Teknik ini menghalang sperma daripada memasuki uterus supaya tiada persenyawaan berlaku.
  • KELEMAHAN: Kondom boleh pecah atau bocor. Sperma mungkin terkeluar sekiranya kondom tidak disarung dengan betul.
  1. Diafragma
  • Diafragma ialah kubah getah yang dipakai oleh wanita pada bahagian serviknya sebelum persetubuhan.
  • Sperma dihalang daripada sampai ke tiub Fallopio.
  • KELEMAHAN: Tidak mampu menghalang bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.
  1. IUD
  • IUD ialah satu alat yang diperbuat daripada plastik atau logam dan berbentuk T, berpilin atau bergelung.
  • IUD dimasukkan ke dalam uterus wanita oleh doktor. Alat ini boleh dipakai sehingga 2 tahun dan berfungsi menghalang penempelan zigot.
  • KELEMAHAN: Kesan sampingan adalah pendarahan dan kekejangan semasa haid.
  1. Span kontraseptif
  • Ini merupakan satu cakera lembut yang dipakai pada bahagian serviks wanita dan span kontraseptif mengandungi spermisid.
  • Span ini dibasahkan kemudian dipakai sebelum persetubuhan.
  • KELEMAHAN: Span itu boleh terjatuh atau bergerak dari tempat asal.

CARA PEMBEDAHAN

  1. Vasektomi
  • Satu potongan kecil dibuat pada skrotum untuk mendapatkan vas deferens. Kemudian vas deferens dipotong dan diikat.
  • KELEMAHAN: Sperma masih dihasilkan tetapi tidak dapat dipancut keluar.
  1. Tubektomi
  • Bagi perempuan,kedua-dua tiub Fallopio dipotong dan diikat. Ini menghalang sperma sampai ke ovum.
  • KELEMAHAN: Kesannya ia menjadikan seseorang mandul selama-lamanya.
  1. Pengguguran
  • Caranya melibatkan penyingkiran embrio / fetus sebelum minggu ke-28 melalui pembedahan oleh doktor yang sah.
  • KELEMAHAN: Kesan sampingan kepada isteri seperti jangkitan atau keradangan pada endometrium yang dikenali endometritis.

So, mommies boleh bertanya dengan doktor atau nurse untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknik-teknik diatas.
Psst: Saya memilih cara semulajadi.Heheā€¦

www.aveheart.com