Peranan Suami Ketika Isteri Bersalin

Hello, Mommies!
Time bersalin dulu, si suami teman tak masuk wad bersalin? Hehe, suami Eva dulu awal-awal sudah inform tidak mahu masuk sebab takut pengsan katanya kalau nampak darah. Lagipun Eva bersalin dulu, dua2 ceaser (big baby & hypertension). First time bersalin ceaser, Eva memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Takut, nervous, gementar macam-macam perasaan. Syukur, suami sentiasa berada di sisi dan bagi semangat. Thank you, Mr. B!
Kali ini, Eva kongsikan peranan Si Daddy dalam membantu Si Mami menghadapi saat kelahiran Si Baby ketika berada di hospital. Lepas ini, boleh tag husband masing-masing.

#1 Sentiasa berada disisi isteri

Inilah saatnya si isteri memerlukan sokongan daripada si suami. Suami boleh memberikan kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang terhadap isteri.Ucapan semangat dan keyakinan daripada suami sudah tentu amat bermakna buat si isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.
Paling penting, suami sentiasa dengan kita sebab restu si suami perlu kan.

#2 Meredakan kesakitan

Si suami boleh membantu meredakan kesakitan yang ditanggung isteri dengan mengusap belakang isteri ketika kontraksi / gengam tangannya. Selain itu, suami boleh lap wajah isteri yang berpeluh atau memberikan isteri minum sekiranya dibenarkan oleh doktor. At least, isteri rasa segar dan secara tidak langsung boleh kurangkan kesakitan yang dihadapi.

#3 Teman berjalan

Kadang-kadang proses bersalin ini memakan masa yang panjang.Si suami boleh teman isteri berjalan-jalan diluar atau di kawasan wad  untuk membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi.
Peranan Suami Ketika Isteri Bersalin

Peranan Suami Ketika Isteri Bersalin

#4 Tenang dan fokus

So, Daddy mesti tenang dan fokus sepanjang proses menunggu kelahiran si baby. Suami harus tenangkan si isteri yang mungkin hilang daya tumpuan, berasa gementar atau takut. Eva dulu pun takut nak masuk labour room.
Suami boleh bacakan ayat-ayat al-Quran khas untuk wanita mudah bersalin agar si isteri kekal tenang mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Ataupun, suami boleh bercerita tentang perkara yang menggembirakan atau kisah-kisah lucu.

#5 Kawal diri

Sewaktu isteri mengerang kesakitan kesan kontraksi yang dialami, si daddy jangan mudah panik. Kawal diri dan ingat langkah-langkah yang pernah dipelajari semasa menghadiri kelas antenatal seperti senaman pernafasan. Tarik nafas, hembus nafas. Hehehe.

#6 Jangan ambil hati

Sepanjang isteri mengalami kontraksi, mungkin si isteri merasa marah / emosi tidak stabil.So, Daddy jangan ambil hati dengan sikap isteri yang hanya bersifat sementara. Daddy perlu ingat, si isteri sedang menahan sakit untuk bersalin (sakit tu).
Beberapa cadangan untuk si Daddy untuk bersiap sebelum kelahiran ialah mengenai cuti. Daddy boleh mengambil cuti lebih awal sekiranya tarikh bersalin isteri semakin hampir. Lepas itu, periksa kereta supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Dibimbangi kereta rosak apabila ia perlu digunakan kelak. Di samping itu, telefon pun sangat penting. Daddy harus pastikan telefon dimiliki mempunyai baki kredit yang mencukupi dan bateri telefon pun sentiasa penuh.

Lepas ni, Mommies boleh berbincang heart to heart dengan daddy untuk sama-sama bersedia menghadapi proses kelahiran si baby. Semoga semuanya dipermudahkan buat ibu hamil!
Semoga bermanfaat!
Always & Forever,
Eva Matts
Discovering Parenthood.