Hello mommies!
Pernah risau baby tidak sendawa selepas menyusu?Kadang-kadang sukar untuk sendawakan si baby kan.
Bayi yang menyusu botol perlu disendawakan selepas menyusu atau keluarkan angin dari tubuhnya  kerana aliran susu yang laju daripada puting botol memaksa bayi untuk menelan angin di antara sela waktu menelan. Berbeza dengan bayi yang menyusu susu ibu, bayi mempunyai kurang masalah angin di dalam perut kerana dia berupaya untuk mengawal aliran susu daripada payu dara. Bayi juga boleh menghisap dengan ritma perlahan yang membenarkannya untuk menyelaras pernafasan dan penelanan.

Tetapi, kadang-kala bayi yang menyusu susu ibu perlu disendawakan jika bayi menyusu dengan pantas atau ibu mempunyai reflex pancutan susu yang agak kuat.

Bagi mengurangkan kemungkinan bayi menelan angin pada payu dara, susukan bayi dalam posisi menegak (sudut 45 darjah atau lebih). Bantu bayi melekap dengan betul, selesa dengan menyokong berat payu dara dan rapatkan dirinya berbanding membiarkan berada jauh daripada payu dara. Mami perlu lihat petunjuk bayi memerlukan sendawa sewaktu atau selepas menyusu: bayi mungkin menolak untuk menyusu atau menggeliat dan berkerut ataupun meragam apabila mami membaringkannya.
Mommies perlu belajar beberapa posisi sendawakan bayi agar bayi boleh sendawa setiap kali selepas menyusu:
Tip dan Posisi Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

Tip dan Posisi Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

  1. Atas tangan

Dudukkan di atas ribaan dan letakkan tapak tangan anda pada perutnya dengan dagunya di atas tangan anda. Posisikan bayi ke hadapan supaya berlaku tekanan pada perutnya. Tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin.
  1. Atas bahu

Letakkan bayi di atas bahu mami supaya perutnya tertekan. Kemudian usap atau tepuk bahagian belakangnya. Pegang bayi secara selamat dengan memegang kuat bahagian bawah lengannya. Jika bayi di bahu kanan, lakukan langkah pegangan ini menggunakan tangan kanan.
  1. Atas ribaan

Letakkan bayi di sebelah paha (kaki disilangkan atau dibuka luas)agar ia menekan perutnya. Sokong kepala bayi dengan sebelah tangan sewaktu mami menepuk atau mengusap bahagian belakangnya dengan sebelah tangan.
  1. Atas lengan

Posisi ini sangat berguna jika mami sibuk tetapi bayi perlu disendawakan. Mami boleh berjalan-jalan di sekitar rumah dengan sebelah tangan bebas melakukan kerja-kerja lain. Tetapi bayi mungkin boleh muak di atas lantai atau di atas lengan mami mahupun kakinya sendiri.
  1. Atas sling atau gendong

Jika angin tidak boleh keluar, masukkan bayi ke dalam sling dan posisikan dia secara tegak ke arah dada mami sehingga angina berjaya dikeluarkan.
  1. Lutut ke dada

Kadang-kala angin perlu dikeluarkan di bahagian bawah juga. Posisi lutut ke dada dilakukan dengan melenturkan lutut bayi menentang dadanya untuk membantu bayi mengeluarkan angin berlebihan.

Klik video untuk info lanjut:

 

Apabila bayi semakin membesar dan lebih mahir menyusu, sendawa kurang menjadi isu. Jadi, mami tidak perlu gusar jika bayi tidak sendawa selepas menyusu.

Cara Sendawakan Bayi Waktu Malam

Cara Sendawakan Bayi Waktu Malam

Semoga bermanfaat!

Have an amazingtastic day!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood