Secara umumnya, teether adalah satu ‘alat bantu’ mainan yang mengurangkan kesakitan pertumbuhan gigi si kecil. Bila si kecil rasa gusinya gatal dan tidak selesa, dia akan suka mengigit benda keras atau suka menghisap jari, bahkan air liur meleleh keluar. Jadi, teether  boleh digunakan untuk mengelak si kecil mengigit benda-benda keras yang boleh mencederakan gusinya.

Terdapat banyak pilihan teether di pasaran, dengan pelbagai bentuk, warna dan jenis. Mami perlu tahu beberapa kriteria bila hendak memilih teether, jangan salah membeli tau!

Teether Yang Sesuai Untuk Bayi

Teether Yang Sesuai Untuk Bayi

#1 Pilih teether ‘non-toxic’

Keselamatan si kecil adalah keutamaan parents bila memilih teether. Pastikan ia selamat digunakan, bebas BPA. BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah untuk menjadikannya keras dan lutsinar. BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh. Jadi, mami jangan beli sebarangan kerana bahan kimia ini sangat bahaya untuk bayi.

#2 Jaminan kualiti dan keselamatan

Gusi bayi pada peringkat awal pertumbuhan gigi agak lembut dan sensitif. Jadi, mami perlu pilih teether yang sesuai dan selamat agar tidak memberi sebarang kecederaan pada mulut dan gusinya. Jika ada bajet, pilih teether yang berkualiti dan berguna.

#3 Mudah dipegang

Pilih teether yang kecil dan ringan agar senang si manja memegangnya. Terdapat banyak jenis dan reka bentuk teether di pasaran seperti berbentuk empat segi, gegelang bulat, bentuk kunci, motif haiwan dan sebagainya. Tapi, pilih yang boleh dipegang dengan mudah oleh bayi.

#4 Boleh digigit

Terdapat beberapa jenis teether yang diperbuat daripada getah kenyal, kain lembut dan plastik. Pilih getah jenis kenyal kerana ia mampu mengurangkan rasa sakit gusi bayi. Tetapi, berhati-hati bila memilih kerana terdapat teether getal kenyal yang tidak berkualiti dan boleh mencederakan bayi anda. Selain itu, sejukkan teether terlebih dahulu bukan dibekukan. Jika memilih teether jenis kain, pastikan ia bersih, selalu dibasuh kerana ia boleh digunakan untuk melap air liur bayi yang meleleh.

#5 Menarik perhatian

Pilih teether yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatian si manja. Teether ini juga dijadikan teman bermain di samping, membantu perkembangan motor halus si kecil.
Tip Memilih Teether Yang Sesuai Untuk Si Kecil

Tip Memilih Teether Yang Sesuai Untuk Si Kecil

Cara Penjagaan Teether:

  • Rendamkan dalam air panas / cecair steril
  • Jangan rebus teether
  • Selepas basuh, lap kering dan simpan dalam bekas agar tidak terdedah kepada kuman dan habuk.
Selain memberikan teether untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada gusi, mami boleh memberikan sesuatu untuk dikunyah seperti makanan jejari atau lobak merah yang telah direbus. Tapi, jangan tinggalkan si kecil makan sendirian kerana takut pula tercekik.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com