Hello Beautiful!

Hello, Mommies

Tips dan Tricks Buat Ibu Exclusive Pumping

Ibu ‘exclusive pumping’ bermaksud ibu yang mengepam susu perahan untuk bekalan si kecil. Antara punca ibu perlu mengepam susu  dan tidak menyusukan terus ke payudara adalah baby mengalami cleft palate, tongue tie, bayi mengalami keliru puting so, baby kurang suka menyusu di payudara ibunya atau bayi mengalami masalah untuk latch dengan betul.
Yes, ‘breastfeeding’ adalah merujuk kepada penyusuan directly di payudara tapi ibu-ibu exclusive pumper ini sangat Eva puji kerana mereka memberikan extra effort untuk mengepam susu siang dan malam demi membekalkan susu kepada si comel.
Sebelum mami memulakan EP ini, peralatan penyusuan yang lengkap perlu disediakan supaya aktiviti pumping nanti berjalan dengan lancar. Mami pun tidak stress. Ketahui Items Penyusuan Asas Yang Mesti DiMiliki.

Berikut adalah tips and tricks untuk ibu EP:

Tips dan Tricks Buat Ibu Exclusive Pumping

Tips dan Tricks Buat Ibu Exclusive Pumping

  • Konsisten mengepam. Mami perlu pilih jadual mengepam yang sesuai and stick to it. Harus diingat, semakin kerap anda mengepam, semakin banyak susu dapat dihasilkan. Mami perlu mengepam sekurang-kurangnya 5 – 6 kali sehari / 8 – 10 kali sehari. Selain itu, jangan pernah miss sesi mengepam!
  • Mengepam pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sesuai untuk mengepam susu kerana tubuh rasa relax untuk menghasilkan susu. Tempoh terbaik untuk mengepam ialah di antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi. Mami mungkin merasa mengantuk tapi inilah cabaran demi anak tersayang.
  • Jangan rasa terbeban dengan tugas sebagai ibu EP. Mami boleh do something semasa mengepam susu seperti surfing internet, check Facebook, Instagram. Buat sesuatu yang mami suka supaya tidak terbeban dengan rutin mengepam susu. Mami juga boleh mendengar lagu, membaca majalah agar tidak stress. Untuk naikkan semangat ketika mengepam susu, mami boleh tengok gambar si manja dan luahkan perasaan kasih sayang. Sudah tentu proses mengepam smooth ja.
  • Amalkan pemakanan tambahkan susu. Contohnya, meminum air rendaman halba atau kurma yang mengandungi banyak khasiat. Apa jua jenis makanan dan minuman yang diyakini boleh menambah penghasilan susu, mami boleh amalkan. Di samping itu, mami perlu pastikan cecair dalam tubuh sentiasa cukup dengan meminum air kosong. Jika mami kurang minum air, mungkin supply susu akan berkurangan. Selepas siap sesi mengepam, mami boleh minum air kosong.
  • Dapatkan sokongan moral daripada keluarga. Sokongan moral ini sangat penting especially suami agar mami terus bersemangat waja dalam mengepam susu. Mami dan daddy boleh study mengenai ‘exclusive pumping’ supaya sama-sama memahami kebaikan khasiat susu ibu untuk si manja.
  • Sekiranya ibu mengalami masalah sakit pada bahagian puting susu seperti merekah, luka ibu boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas sesi mengepam dan bukan sebaliknya. Selain itu, susu ibu boleh disapu pada nipple dan biarkan kering.
  • Stok susu perahan boleh disimpan dalam fridge / peti sejuk. Mami perlu tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu. Selain itu, mami perlu catat sekiranya mami mengambil certain foods yang pedas, berangin / antibiotic. Ini supaya bila baby rasa lain or tiba-tiba kembung perut, mami boleh cari penyebabnya.
  • Alatan mengepam perlu dibersihkan setiap kali selepas sesi mengepam. Gunakan sabun pencuci yang sesuai seperti bebas fosfat, triclosen. Untuk ibu EP, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag dan masukkan dalam fridge.

Untuk menjadi ibu EP, mami mesti bersemangat kental, sabar, ikhlas, banyakkan membaca tentang penyusuan dan don’t give up! Setiap cabaran pasti akan dapat dilalui.
Semoga bermanfaat!

www.aveheart.com