vitamin-yang-diperlukan-untuk-kesihatan-mata-si-kecil
Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai untuk kita. Sejak dari awal perkembangan deria penglihatan, sangat penting penjagaan mata ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan untuk memastikan mata si kecil dijaga sebaiknya.

Ia bermula dengan makanan yang terbaik untuk anak kita

info-tentang-mata-1

 

info-tentang-mata-2

 

Jom ketahui vitamin-vitamin yang diperlukan untuk kesihatan mata si kecil

Protein

  • Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh.
  • Ia juga berperanan terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.
  • Protein boleh diperolehi daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Vitamin A

  • Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata seperti masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap atau suram.
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin A ialah telur, keju, susu, sayur-sayuran hijau, minyak ikan, lobak merah, oren dan mentega.

Kalsium

  • Makanan yang kaya dengan sumber kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular.
  • Antara makanan yang kaya sumber kalsium ialah biji teratai, hasil tenusu, udang, sotong, ikan, kekacang dan produk soya, walnut dan cendawan.

Vitamin B

  • Vitamin B Kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat.
  • Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, sensitif terhadap cahaya yang terang atau masalah katarak.
  • Sumber makanan dari Vitamin B ialah gandum, bijirin dan ekstrak yis.

makanan-untuk-mata

Zink

  • Zink diperlukan untuk retina mata berfungsi dengan baik di samping mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata.
  • Makanan yang kaya denga zink ialah seperti hati, kerang-kerangan, daging merah, kekacang dan sardin.

Vitamin C

  • Mata yang sihat didapati mengandungi vitamin C yang banyak.
  • Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada terkena katarak dan glaukoma.
  • Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, kentang dan sayuran berdaun hijau.

Vitamin E

  • Vitamin E juga berperanan menghalang masalah katarak.
  • Selain itu, ia membantu menyihatkan retina dan salur darah.
  • Makanan dari sumber vitamin E ialah minyak sayur-sayuran, bijirin, roti gandum dan sayur-sayuran hijau.

 

Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:

  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah
  • Mata sukar untuk fokus
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya pada waktu malam
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti diatas, perlu segera berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.

www.aveheart.com